Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Darul Hadis Desak Dr Asri Beri Penjelasan Berkaitan Isu Hadis Palsu Libatkan mereka

3 Ogo 2015
No Comment


TASEK GELUGOR: Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang (PPDHPP) menafikan tuduhan yang dilemaprkan terhadap mereka yang mendakwa pusat tersebut menyebarkan hadis palsu.

Memetik laporan Utusan malaysia, Pengetua pusat berkenaan, Mohamad Hanif Haron berkata, penyebaran maklumat berunsur fitnah yang sengaja dilemparkan kepada meraka adalah bagi menghalang usaha PPDHPP mengumpul dana berjumlah RM1.8 juta untuk membeli tanah seluas 2.1 hektar yang akan dijadikan bangunan pusat itu.

Beliau tampil mendesar Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani supaya tampil memberikan penjelasan mengenai tuduhan berkenaan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan PPDHPP sebagai pusat penyebaran hadis palsu kerana kami berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) manakala Penasihat Kehormat kami ialah Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad.

“Jadi saya ingin mendesak Jailani dan Mohd. Asri menyatakan pendirian mereka berkaitan status yang tersebar di Facebook dan WhatsApp agar keadaan ini dapat dijernihkan,” katanya.

Beliau bagaimanapun gagal menghubungi Dr Asri. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "