Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siti Nurhaliza Akui Perniagaannya Terjejas Kerana Ekonomi Negara Tidak Menentu

2 Jul 2015


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan perniagaan produk kecantikan Simplysiti dan fesyen Kallista yang diuruskannya terjejas akibat ketidakstabilan ekonomi Malaysia.

Ujarnya keadaan itu berlaku kerana pembeli kini semakin berjimat dalam berbelanja.

"Diakui, saya terasa dengan ekonomi yang tidak menentu lebih-lebih lagi dalam perniagaan.

"Sudah tiba masanya kita perlu berjimat cermat dalam segala hal. Kurangkan perbelanjaan yang melibatkan kehendak diri agar kita tidak terbeban dengan perkara lain," katanya memetik mStar, hari ini.

 



Sebelum ini Siti hanya mengasaskan produk kecantikan jenama Simplysiti.

Tidak lama selepas itu beliau mula meluaskan empayar perniagaannya dengan memperkenalkan fesyen tudung jenis lace yang dikenali sebagai Kallista by Siti Nurhaliza. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "