Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar 19 Tahun Jatuh Dari Tingkat 19

2 Jul 2015
No Comment
Gambar hiasan.
GEORGE TOWN: Seorang pelajar tingkatan enam yang bakal menduduki STPM pada tahun ini maut setelah jatuh dari tingkat 19 dari sebuah pangsapuri di Air Hitam.

Tew Zhe Ming, 19, seorang pelajar Sekolah Menengah Chung Ling High dijumpai tertiarap diantara dua kereta di tempat letak kereta.

OCPD Asst Comm George Town Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan menunjukkan Tew adalah seorang pelajar yang bijak di sekolah tetapi berada di bawah tekanan yang disebabkan oleh penurunan dalam prestasi akademiknya.

Beliau juga berkata si mati juga telah mendapatkan rawatan psikiatri di sebuah hospital swasta di sini dua bulan sebelum kejadian.

Laporan post mortem dari hospital Penang mendapati Tew mati berikutan kecederaan setelah jatuh.

ACP Mior Faridalathrash berkata kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "