Diva Azwan Ali nampaknya masih sukar 'melupakan' sengketa yang berlaku antaranya dengan seorang wanita menerusi laman mikro Twitternya, hujung minggu lalu.
Menerusi video yang dimuatnaik Rotikaya hari ini, artis berkenaan tetap mempertahankan tindakannya mengamuk tempoh hari. Malah Azwan percaya ada pihak tertentu yang seolah-olah sengaja melaga-lagakan dirinya dengan wanita berkenaan, Nur Azira.
Atas permintaan ramai, kami telah dapatkan Azwan Ali untuk memberikan penjelasan tentang isu maki peminat di media sosial baru baru ini. Enjoice! http://rtky.co/1NvMBGT
Posted by ROTIKAYA on Wednesday, July 1, 2015
"Itu bukan peminat, itu mungkin 'stalker' saya.
"Antara saya dan dia tak jadi masalah. Yang menjadi masalah adalah kes itu dikutip untuk (sengaja) dilagakan, disindir dan dimalukan Azwan Ali ke tahap yang lebih besar.
"Apa yang Azwan Ali timbulkan sekarang adalah siapa yang menjadi dalang memperbesarkannya. Ada pihak yang panas dalam kes ini. Saya tidak rasa budak itu. Saya rasa dia dicucuk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," demikian memetik sebahagian komen terbarunya itu.
Azwan dalam pada itu mendakwa kontroversi itu langsung tidak memberi kesan kepada dirinya, apatah lagi bilangan pengikut di laman Twitter dan Instagramnya semakin bertambah.
Sebelum ini Nur Azira menghantar satu twit kepada Azwan di laman Twitter sebagai mencadangkan Restoran Me'nate terhadap artis itu yang mahu makan stik.
Namun twit 'menate' itu disalah anggap oleh Azwan yang kemudiannya memaki hamun wanita berkenaan dan menggelarkannya sebagai 'sundal' dan 'neraka'.
Meskipun begitu rezeki yang tidak disangka-sangka pula diperolehi Nur Azira apabila dijemput oleh Restoran Me'nate untuk berbuka puasa.
Azwan sekali lagi dilihat menyindir Nur Azira, termasuklah memperlekehkan pelawaan dan servis restoran berkenaan sehingga akhirnya ditegur Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah. -Siakapkeli.my