Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

RAYUAN: Kutipan Dana Untuk Jalani Pembedahan Pemindahan Hati Adik Raef Uqael

21 Jul 2015
No Comment


Sebelum ini kami di Facebook Siakapkeli telah menyiarkan kisah seorang kanak-kanak bernama Raef Uqael Bin Mohd Rosli SINI di mana kanak-kanak ini memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati.

Walaupun sudah pernah beberapa kali kami pernah pos tentang kisah kanak-kanak ini, kali ini adalah satu rayuan kepada anda semua teman pembaca SK kerana keadaan amat-amat memerlukan.

Ini adalah dari page adik Raef


#PrayForraefUqaelMOHON SHARE DAN VIRALKAN POSTING INI*Assalamualaikum Raef Uqael lovers..TERKINI, 15 JUNE 2015 Raef...
Posted by RAEF UQAEL Donation on Tuesday, June 16, 2015

Selain itu memetik tulisan Puan Natipah Abu seorang sukarelawan yang sememangnya sudah dikenali ramai.

Bismillah... Dengan rendah hatinya saya ingin panjangkan sebuah episod duka untuk kita selami dan kongsi bersama...

Raef Uqael Bin Mohd Rosli ( 4thn ) berangkat ke China pada 7 Mei 2015 untuk menjalani pembedahan pemindahan hati yg didermakan oleh ayahnya hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Hakikat fitrah kita sebagai kita sbg manusia hanya mampu merancang...sedangkan perancangan terhebat adalah milik mutlak Allah S.W.T.

Di Shanghai, ujian mendapati hati ayahnya tidak sepadan dgn Adik Raef Uqael maka bapa saudaranya diterbangkan ke Shanghai dgn harapan mengambil tempat ayahnya sbg penderma. 
Namun keadaan Adik Raef Uqael sudah tidak mengizinkan utk menjalani proses pembedahan ketika bapa saudaranya tiba. 

Seminggu selepas berada di Shanghai.. Adik Raef Uqael kritikal dan dimasukkan ke ICU kerana masalah kegagalan hati yg mengakibatkan pendarahan.

Satu2nya zuriat kepada pasangan suami isteri Noraini Bt Jaafar dan Mohd Rosli Abdul Rani, kini sedang berjuang di ICU Shanghai Children Medical Centre. 

Sehingga saat ini...kedua ibu-bapanya tidak dibenarkan menatap wajah anak tunggal mereka kerana prosuder yg ketat di sana. Mereka hanya mampu menunggu di luar ICU dengan harapan dan doa yg tak pernah putus agar anakanda tercinta kembali stabil dan pembedahan dapat diteruskan.

Masa yg berlalu menyebabkan beban kewangan mula menghimpit. Kos perubatan semakin meningkat naik hari demi hari. Pihak hospital mula menuntut bayaran kerana kos yg semakin melonjak. Kedua ibu bapanya pula terpaksa berpindah dr satu motel ke motel yg lain kerana kewangan yg kian meruncing.

Bayangkanlah betapa pilunya hati seorang ayah dan seorang ibu ! Satu2nya benih kasih mereka sedang bertarung nyawa di bumi asing dlm keadaan mereka sendiri hidup bermusafir yg kini berkelana.

Saya menyeru kepada semua sahabat dan seluruh masyarakat penyayang di luar sana, semoga sudilah kiranya kita sama2 melapang kesempitan keluarga ini. Insha Allah... suatu hari nanti saat kita dlm kesempitan...akan ada insan lain pula yg Allah S.W.T kirimkan untuk melapangkan kita kelak.

Mewakili kedua ibu bapa Adik Raef Uqael..saya juga mohon kesudian seluruh sahabat dan rakyat Malaysia mendoakan keajaiban buat Adik Raef Uqael . Doakan agar beliau kembali pulih dan stabil utk meneruskan pembedahan pemindahan hati....

Berdasarkan maklumat yang SK perolehi bantuan yang berjaya dikumpul sekarang adalah sudah mencecah 200k tetapi kerana dimasukkan ke ICU di Shanghai Children Hospital kerana mengalami pendarahan dalaman yang serius dan terus berada di dalam keadaan kritikal menyebabkan wang kutipan terkumpul terpaksa digunakan untuk membayar bil hospital.

Dalam masa yang sama Shanghai Children Hospital juga perlu dibayar untuk rawatan PICU dan ini yg diluar rancangan asal, bermakna tiada allocation budget untuk ini. Sehubungn itu ia memberi kesan kepada tabungan Adik Raef yang dikutip sebelum ini.

Sahabat-sahabat yang ingin memberi bantuan boleh salurkan ke MAYBANK MOHD ROSLI B.ABD RANI 5623 8451 8559.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "