Dek kerana tidak ditegur oleh Nabil Ahmad, artis Azwan Ali mengamuk lagi dengan memaki hamun pelawak berkenaan di laman Twitternya.
Baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah, Azwan membidas Nabil yang seperti tidak nampak kelibatnya di lapang terbang baru-baru ini.
Bagaimanapun Nabil enggan melayan emosi negatif Azwan.
Dia sebaliknya mengambil sikap rendah diri dengan membuat permohonan maaf sambil menegaskan dia tidak perasan langsung kelibat Azwan semasa di lapangan terbang.
"Saya sebenarnya tidak nampak kelibat dia pun di Jeddah sampai ke KLIA. Jadi, bagaimana saya hendak menegur beliau kerana saya tak nampak pun dia (Azwan). Tak pernah lagi saya tak menegur orang kalau sudah nampak depan mata. Saya malas nak melayan isu ini dan kalau boleh hendak menjauhkan diri daripada perkara negatif.
Lagipun saya baru pulang dari rumah Allah, malaslah hendak bergaduh. Oleh itu, saya memilih untuk memohon maaf di Twitter. Saya rasa tindakan itu paling tepat untuk dilakukan oleh saudara Islam kepada saudara Islam," -Nabil
Nampaknya Azwan yang sudah masuk lapan kali mengerjakan ibadat umrah pun masih susah nak berubah... -Siakapkeli.my