Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Juruaudit Dibelasah Suami Hingga Maut Selepas Dituduh Jalin Hubungan Sulit Dengan Lelaki Lain

21 Jul 2015



KUALA LUMPUR: Akibat cemburu, seorang wanita maut selepas dipukul oleh suaminya yang mengalami masalah mental di kediaman mereka di Taman Tun Dr Ismail, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor, Suraiza Hamzah, 46, dijumpai terbaring di ruang tamu rumah oleh anak lelakinya berusia 17 tahun pada pukul 7.30 malam.

Hasil siasatan polis mendapati pasangan suami isteri sebelum itu telah bertengkar selepas suami mangsa mengesyaki isterinya berlaku curang dengan lelaki lain.

Mangsa yang bekerja sebagai seorang juruaudit di sebuah syarikat penerbangan tambang murah dipercayai dipukul dan kepalanya dihentak dengan sebuah objek tumpul.

Suami wanita itu ditahan setengah jam selepas kejadian itu selepas anak pasangan berkenaan menghubungi ibu saudaranya setelah menemui ibunya terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Mayat mangsa telah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. – Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "