Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peguam Negara Sahkan Tiga Syarikat Disiasat Dakwaan Salur Dana Ke Akaun Peribadi Najib

5 Jul 2015



PETALING JAYA: Tiga syarikat yang didakwa menyalurkan dana ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak telahpun diserbu Jumaat lalu, demikian menurut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Syarikat berkenaan adalah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

"Dokumen diperoleh ketika serbuan di ketiga-tiga premis berkenaan," katanya.

Serbuan itu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PDRM dan Bank Negara.

"Saya sahkan pada 3 Julai, pasukan tindakan khas menyerbu SRC, Mentari dan Ihsan Perdana.

"Pasukan itu memperoleh beberapa dokumen dan menyerahkannya kepada saya untuk diteliti.

"Saya sahkan menerima dokumen berkaitan 1MDB, termasuk yang dikatakan berkaitan penyaluran dana ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya telah meneliti semua dokumen dan memberi nasihat serta panduan kepada pasukan itu untuk tindakan susulan," kata Gani.

Tindakan itu diambil susulan laporan akhbar The Wall Street Journal bahawa bahawa hampir AS$700 juga (RM2.7 bilion) disalurkan ke akaun yang dipercayai milik peribadi Najib.

Serangan akhbar itu menjadikan kontroversi dana awam 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin hangat diperkatakan. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "