Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Labah-Labah Paling Besar Pernah Ditemui? Foto Labah-Labah Gergasi ini Jadi Viral di Media Sosial

3 Nov 2016


Beberapa keping foto yang merakamkan seekor labah-labah gergasi menjadi viral di media sosial.

Foto-foto itu memaparkan labah-labah itu sedang merangkak di sebatang penyapu di sebuah ladang di Brisbane Valley, Queensland.

Lebih menarik, labah-labah mempunyai nama, Charlotte.

Difahamkan foto itu dimuat naik pada tahun lepas namun ia menjadi viral semula kerana satu kes seorang lelaki yang tidak dapat mengawal kenderaan sehingga terjunam ke dalam sungai disebabkan seekor labah-labah bermain di sterengnya.



Barnyard Betty, wanita yang memuat naik fot itu berkata:

"Saya tak tahu kenapa sekarang tapi dia menjadi semakin viral dan sensasi internet.

"Dia adalah labah-labah Huntsman dan kami berada di Queensland, Australia dan ya, dia labah-labah betul dan sangat besar. Bukan di photoshop.

"Dia sangat cantik, tenang dan tidak agresif seperti labah-labah lain. Dia cuma tahu makan dan hidup tenang di sini. Dia tidak perlu dibunuh!

"Semua haiwan yang besar dan kecil dialu-alukan di Barnyard Betty Rescue, tidak kira bagaimana ia kelihatan.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "