Seorang bapa mahu dunia melihat sendiri realiti pesakit yang menghidap penyakit kanser lalu memuat naik foto sayu anaknya yang berusia empat tahun yang dilihat melawan penyakit itu sementara doktor berkata dia hanya tinggal beberapa minggu untuk hidup
Andy Whelan, seorang juru elektrik dari Oswaldtwistle, Lancashire, berkongsi foto hitam putih Jessica di Facebooknya sebelum ia menjadi viral dengan pelbagai reaksi dari orang ramai.
'Ini adalah foto yang paling berat hati untuk saya ambil.
'Beberapa hari lalu, doktor memberitahu yang dia mempunyai beberapa minggu sahaja untuk hidup. Foto ini diambil ketika kami sebagai ibu bapa, tidak dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya - Jessica menolak kami jauh ke belakang ketika dia sedang menahan kesakitan itu seorang diri.
Jessica, 4, menghidap neuroblastoma tahap empat selama 13 bulan dan menurut doktor, dia kini hanya mempunyai beberapa minggu untuk hidup.
Andy mengambil keputusan untuk memberhentikan rawatan bagi membolehkan Jessica menikmati baki hayatnya yang masih ada.
'Ini adalah wajah sebenar kanser.
'Salur darah anak saya jelas kelihatan di bawah kulitnya, air mata mengalir di pipinya, badan mengeras dan mukanya berkerut menahan sakit
'Dengan foto ini, saya tidak berniat untuk membuat orang lain terasa atau hampa. Mungkin dengan melihat foto ini orang ramai akan lebih peka tentang kehidupan hitam kerana menderita kanser pada usia kecil.
'Dan diharap, ada pihak yang boleh berbuat sesuatu di masa hadapan supaya kanak-kanak lain tidak perlu menderita seperti ini lagi. Dan tiada ibu bapa yang perlu menahan kesedihan melihat anak mereka semakin teruk setiap hari.
Andy dan Jessica |
Jessica dan Andy satu ketika dahulu |
Foto kanan: Jessica bersama Andy. Foto kiri: Jessica bersama adiknya, James. |