KUALA LUMPUR: PAS beranggapan dakwaan dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak seperti 'dibuat-buat'.
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din kemudiannya berkata adalah salah bagi mana-mana pihak menuduh Perdana Menteri itu tanpa bukti kukuh.
"Sukar untuk dipercayai bahawa seseorang telah memindahkan dana awam ke dalam akaun peribadi.
"Jika seseorang itu mahu menipu, mereka akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun rahsia," katanya memetik mStar.
Haron dalam pada itu berharap kesemua tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib tidak benar sama sekali memandangkan ia boleh mencemarkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin negara.
"Buat masa ini, kita harus menunggu pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan," ujar Haron. -Siakapkeli.my