Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Wanita Berang Kena Tahan Polis Hanya Kerana Kotak Milo

5 Jul 2015



Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap anggota polis yang menjalankan tugas baru-baru ini kerana menganggap kotak milo yang dipegangnya sebagai handphone.

Wanita itu yang menggunakan nama di Facebook sebagai Jaydee Lok menceritakan ketika melalui lebuhraya NKVE, dia sedar ada sekatan jalan raya namun tidak terfikir akan menjadi 'mangsa' memandangkan tidak melakukan apa-apa kesalahan jalan raya.

Namun tanpa diduga wanita itu ditahan kerana didakwa menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Dia berulang kali menafikan dakwaan itu dan menegaskan telefon bimbitnya diletak di dalam beg tangan dan apa yang dipegangnya ketika itu adalah kotak milo.



Maka terjadilah sedikit salah faham wanita berkenaan dan beberapa anggota polis.


Lebih panas apabila anggota polis berkenaan dilihat cuba mengugut wanita itu hanya kerana pengakuannya tidak menggunakan telefon bimbit.


Status yang dimuatnaik di laman Facebook wanita berkenaan mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang juga tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis berkenaan.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "