Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Nyaris Maut Selepas Motosikal Yang Dinaikinya Dirempuh Bas

4 Jul 2015
No Comment


MARANG: Berpantang maut sebelum ajal, kata-kata yang boleh digambarkan terhadap seorang penunggang motosikal yang nyaris maut digilis tayar bas selepas bas berkenaan telah merempuh beliau.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11.45 pagi semalam Abu Mansor Muda, 47, berasal dari Kampung Kubang Ikan, Chendering, Kuala Terengganu hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut dan pergelangan kaki.

Pemandu bas berusia 44 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu telah memberhentikan basnya selepas mengesyaki melanggar sesuatu.

Kerana tindakan pantas tersebut memberhentikan bas dipandunya telah menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan yang tersepit dibahagian hadapan sebelah kiri bas antara motosikalnya.

Melihat kejadian itu, orang ramai pantas mengelaurkan mangsa dan menghubungi ambulans.

Pamandu bas berkenaan dikatakan tidak nampak penunggang motosikal tersebut kerana "Blind Sport" sehingga tersedar dia melanggar sesuatu.


Penunggang tersebut yang hanya mengalami cedera ringan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, beliau mengesahkan menerima laporan tentang kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan keterangan pemandu telah diambil. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "