Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Greece Kini Dalam Tekanan, Terpaksa Minta Sedekah Dan Seorang Demi Seorang Bunuh Diri

4 Jul 2015
No Comment

Seorang pesara terduduk menangis sambil buku bank dan kad pengenalannya di atas lantai

THESSALONIKI - GREECE: Kelihatan seorang pesara sedang menangis selrpas dia terpaksa beratur di tiga buah bank semalam untuk mengeluarkan wangnya tetapi tidak dapat berbuat demikian membuatkan beliau hanya mampu terduduk dan menangis.

Beliau adalah Giorgos Chatzifotiadis, 77, merupakan salah seorang dari jutaan rakyat Greece yang kini dalam tekanan selepas tidak dibenar mengeluarkan wang selain tertekan melihat negaranya kini berada dalam kesusahan.

"Sebab itulah saya lebih merasa terpukul, lebih dari masalah peribadi saya sendiri," kata Chatzifotiadis kepada wartawan.

Gambar yang diambil tersebut menunjukkan bagaimana rakyat biasa di Greece terseksa akibat masalah hutang negara.

Hampir semua bank di Athens terpaksa ditutup sejak isnin lalu untuk mengelakkan orang ramai mengeluarkan wang yang banyak.

Tetapi ada beberapa bank masih membenarkan orang ramai mengeluarkan wang simpanan yang dihadkan kepada 120 euro setiap pengeluaran.

Difahamkan, Chatzifotiadis dan isterinya sebelum ini bekerja keras di sebuah lombong di Jerman sebelum bertukar ke sebuah kilang.

"Saya nampak rakyat meminta sedekah untuk membeli roti. Saya nampak satu demi satu kes bunuh diri berlaku.

"Saya seorang yang sensitif. Saya tak mampu lihat negara saya dalam keadaan sebegini,"

"Eropah dan Greece sudah buat banyak kesilapan. Kita harus mencari penyelesaiannya," jelas beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "