Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lagi Isu Etika Pemakaian, Seorang Wanita Pakai Baju Tiada Lengan Dihalang Masuk Bagunan Majlis Bandaraya Ipoh

4 Jul 2015
No Comment


IPOH: Nampaknya isu etika pemakaian di premis kerajaan terus menjadi perhatian ramai pihak selepas kejadian terbaru melibatkan seorang wanita yang telah dihalang masuk bagunan Majlis Bandaraya Ipoh di sini.

Wanita berkenaan, Logistician Eunice Chai, 32, yang memakai blaus yang tidak mempunyai lengan baju telah ditahan oleh pengawal keselamatan bertugas selepas pergi untuk memohon lesen perniagaan.

"Dia memberitahu saya bahawa dia tidak boleh membenarkan saya masuk kerana saya tidak mematuhi kod etika," kata Chai.

Bagaimanapun Chai berasa bernasib baik kerana rakannya telah meminjamkannya jaket yang berada di dalam kereta.

"Saya fikir apa yang saya pakai adalah sopan kerana semua bahagian kaki telah ditutup, jadi saya tidak menjangka dilayan seperti ini di sini.

"Berdasarkan kod etika berpakaian mereka yang ditampal di pintu, pakaian yang sesuai bagi yang bukan Islam adalah dress labuh berlengan panjang atau sehingga aras siku.

"Cuaca benar-benar panas sekarang, saya tidak fikir ramai di antara kita mahu keluar berpakaian seperti itu," katanya.

Chai bagaimanapun memberitahu dia pernah ke lokasi yang sama beberapa tahun lalu dengan hanya memakai T-shirt dan selaur pendek tetapi tidak pula dilayan sedemikian.

BACA: Wartawan The Star Dilarang Memasuki MINDEF Kerana Berskirt Pendek

Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh, Mohd Zakuan Zakaria berkata beliau akan membawa isu ini ke dalam mesyuarat majlis nanti.

"Isu itu seolah-olah membawa imej negatif kepada Majlis. Tetapi pengawal hanya menjalankan tugasnya.

"Kami akan berbincang dengan Datuk Bandar yang baharu dan ahli majlis lain sama ada ia memerlukan kajian semula," katanya.

Sebelum ini, seorang wartawan The Star telah dihalang dari memasuki ibu pejabat Kementerian Pertahanan(MINDEF) di Kuala Lumpur kerana memakai skirt pendek. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "