Seorang Gadis Tersipu Malu Selepas Begnya Diangkat Jejaka "Tall, Dark And Hansome"
KUALA LUMPUR: Seorang gadis menceritakan di laman Facebooknya terkejut apabila ada seorang lelaki telah tolong mengangkat begnya ketika berada di dalam kelas penergangan ekonomi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Pesawat yang dinaikinya mendarat dan dia cuba menurunkan begnya dari ruang simpanan bagasi dalam pesawat tersebut.
Namun dia tidak menyangka ada seorang lelaki budiman cuba menolongnya dan sekali pandang rupanya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Gambar selfie kenangan manis Jasmine Chan Kit Mun dengan KJ telah dimuatnaik ke laman Facebook miliknya dengan berkata.
“Saya memang memerlukan seseorang untuk membantu saya mengeluarkan beg dari tempat letak beg, selepas pesawat mendarat.
“Siapa tahu, lelaki budiman yang membantu saya ialah En YB Khairy Jamaluddin yang menaiki penerbangan kelas ekonomi sama dengan saya,” tulisnya sebagai kapsyen di Facebook.
Gambar tersebut telah menerima 1114 like dan telah dikongsi sebanyak 54 kali sehingga kini.
Menurut Jasmine selepas menurunkan barang, KJ telah membawa begnya sehingga ke dalam lapangan terbang.
“Saya rasa agak malu, apabila seorang menteri membantu saya mengangkat beg,” katanya. - Katanya.