Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MH370: MAS Gesa Masyarakat Tidak Buat Kesimpulan Awal

30 Jul 2015




PETALING JAYA: Malaysia Airlines Berhad (MAS) menggesa orang ramai tidak mudah membuat kesimpulan awal mengenai penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion, di timur Afrika kononnya ia milik MH370.

"Merujuk kepada laporan penemuan sebuah flaperon pesawat di Pulau Reunion, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan perkara itu.

"Buat masa ini, masih terlalu awal bagi syarikat penerbangan untuk membuat spekulasi mengenai penemuan flaperon itu," kata MAS dalam satu kenyataannya hari ini.

Spekulasi bertebaran semenjak semalam bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion, semalam milik MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Objek berkenaan yang menyerupai bahagian sayap ditemui orang awam ketika kerja-kerja pembersihan pantai.

"Ia dipenuhi cengkerang, jadi seseorang mengatakan ia mungkin berada di dalam air terlalu lama," kata seorang saksi. -Siakapkeli.my

Laporan asal mStar.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "