Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MH370: Malaysia Hantar Pasukan Penyiasat Kenal Pasti Bangkai Pesawat

30 Jul 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Selepas menerima maklumat tenttang penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion semalam, Malaysia telah menghantar satu pasukan khas bagi menyiasat dan mengenal pasti adakah ia merupakan serpihan pesawat MH370 yang telah hilang lebih setahun lalu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebarang penemuan perlulah diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang pengesahan dibuat.

"Saya telah menghantar satu pasukan untuk mengesahkan serpihan itu. Kita harap mereka dapat kenal pasti (serpihan itu) secepat mungkin," kata Tiong Lai.

BACA: TERKINI : Serpihan Pesawat Dijumpai Terdampar di Pulau Reunion Timbulkan Spekulasi Dari Pesawat MH370

Serpihan sayap pesawat berukuran dua meter panjang itu telah dijumpai oleh sekumpulan pekerja pembersihan pantai.


Berdasarkan laporan Associated Press pakar penyiasat percaya kemungkinan serpihan ditemui itu berasal daripada komponen sayap yang hanya boleh ditemui pada model 777 keluaran Boeing.

Seorang penyiasat Boeing telah mengenal pasti serpihan berkenaan dan ia mengesahkan ia adalah sebahagian komponen sayap pesawat.

Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan sebentar tadi menyebut bahawa syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mengesahkan perkara itu.

"Pada ketika ini, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi dari mana asal (komponen) flaperon tersebut," kata kenyataan itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "