Kuala Lumpur: Kebakaran yang berlaku di tingkat 10 menara 2 Pejabat Polis Bukit Aman, 7.20 semalam tidak menyebabkan dokumen penting terbakar, yang terbakar hanya dokumen lama.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya memaklumkan bahagian pejabat di tingkat itu, selamat.
“Hanya dokumen tidak penting di koridor tingkat 10 yang terbakar. Bahagian pejabat selamat. Tingkat 10 adalah pejabat tadbir Jabatan Siasatan Jenayah.Hentikan khabar angin,” katanya.
Hanya dokumen tidak penting di koridor Ting 10 @PDRMsia yg terbakar. Bhg pej selamat. Ting 10 adalah pej tadbir JSJ. Hentikan khabar angin.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 29, 2015
@NazihaHamed@PDRMsia Di ulangi, tiada dokumen s'satan yg terlibat dlm kebakaran ini. Cuma dokumen lama t/penting yg musnah. Jgn speculate.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 29, 2015
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim menerusi Twitternya turut mengesahkan bahagian pejabat di tingkat berkenaan tidak terjejas.
LAPORAN PENUH KEBAKARAN DI BUKIT AMAN PETANG TADI #BOMBA pic.twitter.com/9UPNwDTF5J
— BOMBA (@bombaJBPM) July 29, 2015
Menurut Twitter Bomba, kejadian kebakaran hanya membabitkan kertas dan buku lama yang berada di koridor tingkat berkenaan. - Siakapkeli.my