KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno, Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan satu rakaman video yang dirakam di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan aliran tunai RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.
"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu sebagaimana memetik Astro Awani.
Tambah Ahmad, Najib sendiri telah tampil menafikan dakwaan berkenaan bahawa beliau ada menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.
Terdahulu, portal Malaysiakini memuatnaik satu rakaman video berdurasi 57 saat yang menunjukkan Muhyiddin sedang mengadakan perbualan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh fadzir di kediamannya pada Selasa.
Muhyiddin dikatakan sebagai menyebut Najib mengakui sejumlah besar tunai dipindahkan ke dalam akaun peribadinya. -Siakapkeli.my