Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TERKINI : Serpihan Pesawat Dijumpai Terdampar di Pulau Reunion Timbulkan Spekulasi Dari Pesawat MH370

29 Jul 2015

Reunion Island - Serpihan pesawat yang tidak dikenali dijumpai terdampar di Pulau Reunion, Timur Madagascar, menimbulkan spekulasi serpihan itu dari pesawat MAS MH370 yang hilang lebih setahun yang lalu.


Beberapa gambar serpihan pesawat itu dikongsi oleh pengguna media sosial yang teruja dengan penemuan terbaru itu.





Pengguna-pengguna internet membuat spekulasi bahawa serpihan itu dari bahagian pesawat MH370 berikutan strukturnya yang menyerupai pesawat Boeing 777.

Perbandingan antara flaperon pesawat Boeing 777 dan serpihan yang dijumpai di Reunion.






Bagaimanapun, masih tiada sebarang kesahihan terhadap spekulasi tersebut.

Pihak berkuasa tempatan kini telah mengambil serpihan terbabit untuk analisis seterusnya.

[KEMASKINI]
Memetik laporan dari Telegraph.co.uk, seorang pakar penerbangan Perancis percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Xavier Tytelman, seorang bekas juruterbang yang kini bekerja sebagai pakar keselamatan udara, dihubungi oleh seorang penduduk pulau Reunion. Lelaki berkenaan menghantar gambar serpihan yang dijumpai dan Tytelman berkata ia mungkin dari pesawat yang hilang itu.

"Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja".

"Dan kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 - pesawat yang sama dengan MH370", kata Tytelman kepada Telegraph.co.uk

"Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi kenyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada kemungkinan (ia dari pesawat MH370)".

Berita lanjut akan dikemaskini ke artikel lain.. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "