Kami Sedia Bekerjasama Dengan Gerakan Harapan Baru - DAP
GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP bersedia menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru kerana parti baru itu berbeza dengan PAS.
Lim Guan Eng juta turut menyifatkan perjuangan kepimpinan jawatan kuasa penaja parti baru itu lebih progresif dan Islam sederhana yang dilihat jauh berbeza dengan PAS.
"Kami (DAP) rasa bahawa kami boleh bekerja dengan kumpulan Muslim progresif dan sederhana memandangkan objektif mereka mahu membina Malaysia yang lebih inklusif," katanya memetik laporan Bernama.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Isnin mengishtiharkan penubuhan sebuah parti politik baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru. - Siakapkeli.my