Polis Tahan 21 Orang Individu Untuk Bantu Siasatan kes Pergaduhan Di Wangsa Walk
Kuala Lumpur: Polis Di Raja Malaysia (PDRM) hari ini berjaya menahan 10 lagi individu yang dipercayai terbabit di dalam insiden pergaduhan di Wangsa Walk Mall menjadikan jumlah keseluruhan mereka ditahan adalah 21 orang.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mereka yang ditahan pagi tadi berusia antara 15 hingga 20 tahun dan direman empat hari hingga Jumaat ini.
"Setakat ini hanya seorang lagi yang cedera masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.
Kejadian dipercayai berpunca apabila seorang lelaki cuba membelasah kekasih adik perempuannya yang membawa adiknya itu kelaur tanpa pengetahuan keluarga mereka.
Bagaimanapun kekasih adiknya itu telah memanggil beberapa orang rakannya menyebabkan kekecohan mula terjadi. - Siakapkeli.my