Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Menyamar Jadi Polis Selama 2 Tahun, Turut Mempunyai Bilik Siasatan Sendiri

21 Jul 2015

China - Seorang lelaki di China dituduh membuat balai polis palsu di rumahnya sebagai salah satu modus operandi untuk menjual dokumen palsu untuk mangsa-mangsa yang mudah ditipu. Penipuan lelaki ini bagaimanapun didedahkan oleh teman wanitanya yang melaporkan perkara tersebut kepada polis sebenar.

Lelaki yang bernama Lei itu turut memiliki uniform polis, gari, senjata tiruan dan juga siren untuk keretanya bagi menyamar sebagai seorang inspektor di Chinese Public Security Bureau di Wuhan, pusat bandar daerah Hubei.



'Bisnes' Lei berjalan lancar selama dua tahun sebelum polis menangkapnya, lapor The Guardian. Selama dua tahun 'berkhidmat', Lei juga turut menaikkan pangkat untuk dirinya dari kapten kepada major.

"Dengan penyamarannya, dia sangat licik", kata Tang Hui, polis sebenar yang ditugaskan menjalankan siasatan ke atas Lei.

Namun, penyamaran Lei terbongkar apabila dia didedahkan oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Tingting. Tinting pada mulanya cuma mahu meninggalkan Lei, tetapi Lei memeras ugut untuk memuat naik video seks mereka online jika berbuat demikian. Tinting kemudian mendedahkan apa yang dilakukan oleh Lei kepada pihak polis.


Setelah serbuan di buat polis mendapati 'balai polis' Lei turut mempunyai bilik soal siasat palsu yang lengkap dengan bendera negara berserta peralatan pengawasan. Selain itu turut ditemukan uniform palsu dan juga alat pengesan GPS. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "