Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GAMBAR: Kilang Hasil Asam Jawa Dan Tepung Jagung Kotor Diarah Tutup Dan Produk Disita

20 Jun 2015
No Comment


BAGAN SERAI: Sebuah kilang memproses asam jawa dan tepung jagung telah diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Jabatan Kesihatan daerah Kerian selepas menerima aduan orang ramai mengenai kilang berkenaan yang kotor.

Kilang berkenaan yng beroperasi sepenuhnya di Bagan Serai berdepan risiko didenda selepas premis itu dikatakan telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran oleh Jakim sendiri atau Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).



Premis yang persekitarannya amat kotor itu elah diarahkan tutup selama 14 hari untuk diberi peluang melakukan kerja pembersihan.

Memetik laporan Kosmo!, Ketua cawangan KPDNKK Parit Buntar, Md. Nasir Mohamad berkata, pihaknya telah menyita produk terbabit termasuk 22 guni pembungkus bernilai kira-kira RM14,000.

“Kilang berkenaan sudah beroperasi lebih daripada 20 tahun. Mereka mungkin tidak kemas kini maklumat peraturan baharu di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan syarikat terbabit boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "