Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kapal tangki MT Orkim Harmony Selamat Berlabuh Di Perairan Kuantan

20 Jun 2015
No Comment


KUANTAN: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang berjaya diselamatkan dalam satu rampasan oleh lanun di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor pada 18 Jun lalu telah berjaya selamat berlabuh di Perlabuhan Kuantan pagi tadi kira-kira pukul 7.50 pagi.

Kapal tangki berkenaan yang membawa 21 kru dan mutan 6,000 tan petrol bernilai RM21 juta telah dicat semula namanya oleh perampas kepada nama Orkim Hormon untuk mengelakkan ia dapat dikesan.

Semua 22 orang anak kapal tangki MT Orkim Harmony terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, dibebaskan kumpulan perampas jam 2.30 pagi Jumaat manakala seorang kru yang merupakan tukang masak warga Indonesia telah.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kapal berkenaan selamat berlabuh di Dermaga PETRONAS yang terletak di perlabuhan berkenaan.

Bagaimanapun kapal tersebut yang dijadualkan tiba dalam jam 2 pagi telah mengalami kelewatan kerana satu daripada enjinnya rosak.

Berdasarkan laporan, lanun-lanun berkenaan telah cuba untuk menjual 6,000 tan petrol dalam kapal itu kepada sendiket asing kerana muatan tersebut mudah terbakar. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "