Web Kumpul Tandatangan Petisyen Bantah GST Diwujudkan
Nampaknya semakin ramai rakyat menyuarakan rasa ketidakpuasan hati dengan Cukai Barang Dan Perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bermula 1 April lalu.
Terbaru sebuah laman web yang mengumpulkan petisyen untuk mereka yang tidak berpuas hati dan membantah GST telah diwujudkan.
Web tersebut dikatakan mahu mengumpul sebanyak 200 ribu petisyen rakyat Malaysia sebelum 1 Mei 2015 ini.
Pemerhatian SK sendiri petisyen terkumpul sekarang jam 5.05 petang adalah sebanyak 42540 sokongan setakat ini. Adakah sasaran mereka sebanyak 200 ribu petisyen berjaya dikumpul?.
Kepada anda yang mahu melawati web tersebut boleh klik di SINI. - Siakapkeli.my