Makin hangat nampaknya cerita melibatkan video temubual Dewi Remaja, Mawar Rashid yang dijalankan oleh Elly Ariffin baru-baru ini.
Video yang memaparkan Mawar sedang terkapai-kapai menjawab soalan yang ditanya oleh Elly tentang pendapatnya mengenai Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).
Kerana ada yang tidak kena dengan temubual itu telah menjadi bualan banyak pihak dan ada juga yang menegur sikap Elly tersebut.
Terbaru, bekas wartawan terkenal, Suhaimi Sulaiman telah memberi pandangan peribadinya berhubung etika kewartawanan pengacara HLive! itu.
Suhaimi melalui laman Facebooknya Elly bukan sahaja memberi soalan sukar malah sifat dan lagaknya itu seolah-olah terlalu angkuh ketika bertanyakan soalan.
“Boleh bertanya soalan yang susah, berat dan kompleks tetapi usah sesekali berlagak angkuh dengan “attitude” mengundang kontroversi (yang mungkin disengajakan demi format? entah…) kerana penonton akan bersimpati dengan responden yang dilihat teraniaya dan ini senjata yg memakan tuan (read: host)”
“Jika ia format program, saya sedih kerana etika kewartawanan diperlekehkan. Sebenarnya ada banyak cara untuk menilai daya pemikiran, respon, personaliti dan kehebatan peserta yang boleh membantu ratings (read: inform, educate & entertain) yang tidak bertentangan dengan adab orang timur,” jelasnya lagi di Facebook.
Pendapat SK sendiri apa yang ditegur oleh Suhaimi itu ada asasnya kerana Elly sepatutnya berbuat demikian kerana semua ini akan disiarkan kepada umum. - Siakapkeli.my