IPOH: Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya sebagai raja bomoh dunia sebelum ini telah menggemparkan umat Islam di malaysia dengan pelbagai upacara pelik semasa berlakunya kehilangan pesawat MH370.
Kerana pelbagai upacara pelik yang dilakukannya termasuk menghalau jin yang dikatakan cuba mengganggu ketua Pembangkang, Dato Sri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh baru-baru ini.
Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapati amalan dibawa individu berkenaan sebagai terpesong dari akidah dan ajaran Ibrahim Mat Zain ini akan diwartakan sesat serta haram di Perak.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara itu serta memberitahu mesyuarat diadakan semalam memutuskan perkara berkenaan dan pihaknya dalam proses mewartakannya.
Walau bagaimanapun, jawatankuasa tersebut masih belum memutuskan tarikh pewartaan kerana perlu menunggu perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, malah ia perlu dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Ia betul, Raja Bomoh bakal diwartakan sebagai haram serta sesat selepas kami mendapati ajaran dibawanya terpesong dari agama, namun belum diwartakan kerana ia masih dalam proses pewartaan.
“Mesyuarat diadakan dan memutuskan perkara itu. Kami sekarang hanya menunggu proses seterusnya sebelum mewartakannya,” katanya dipetik Harian Metro. - Siakapkeli.my
Fuyoh. Dia tu sesat ker? Siapa yang mampu terfikir. Selama ni rupa2nya dia sesat ye. Nasib baik ak dapat tahu.
BalasPadamUntuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
BalasPadamdimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**