Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ad: Badang's Grand Entrance with Sazali Samad

29 Jan 2019
No Comment
Sabtu lalu, pelancaran permainan video Mobile Legends dengan siri perkenalan hero baru, Pahlawan Badang dengan kehadiran bekas jaguh bina badan negara, Sazali Abd Samad sebagai Badang dalam kehidupan yang sebenar.

Kemunculan Sazali berpakaian lengkap seperti pahlawan Badang, mengujakan setiap penonton yang hadir dengan sosok tubuh berotot dan tidak hairanlah Sazali diiktiraf sebagai juara Mr. Universe sebanyak 10 kali.



Selain Sazali, pasukan terkenal, iCON turut membuat penampilan pada acara itu.  Pemain yang menyertai pertandinga persahabatan 1v1 Mobile Legends di atas pentas bersama pasukan iCON menggunakan wira Badang, dihadiahkan kepada mereka karakter tersebut secara kekal.



Rata-rata penonton dan peminat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk beramah-mesra bersama Badang di kehidupan sebenar, Sazali sepanjang acara itu dijalankan.

Ada juga diantara pengunjung yang tak ketinggalan mencuba nasih dalam mengalahkan si Badang dalam pertempuran gusti lengan di acara itu.

Pendek kata, acara minggu lalu sememangnya membawa keseronokan kepada peminat tegar Mobile Legends dan pengunjung yang hadir dengan penampilan istimewa ikon terkenal Malaysia.

Untuk korang yang tak dapat nak hadir acara minggu lepas, korang boleh saksikan kehebatan Badang dalam permainan video, Mobile Legends yang dah masuk sejak awal Januari lalu.
Jangan lepaskan peluang.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "