Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ads: Huawei nova 4 the pinnacle of tech beauty

15 Feb 2019
No Comment
Model Nova 4 telah sedia diperkenalkan Disember 2018 yang lalu, dan hari ini, pasaran tempatan pula akan menerima kedatangan peranti Huawei itu secara rasmi.  

Apa yang menariknya peranti terbaru ini, Huawei Nova 4 dilengkapi dengan skrin paparan 6.4 inci Punch FullView yang merupakan peranti pertama seumpamanya  dijual di Malaysia! Wow. Trend terbaru ini dijangka akan mengambil-alih pasaran tahun 2019.


via GIPHY

Huawei dan reka bentuk peranti tidak dapat dipisahkan.  Nova 4 memiliki 'signature' Huawei dengan bahagian belakang yang diselaputi kaca dan rekaan melengkung di tepi menjadikannya selesa untuk dipegang berserta logam berkilat di sekeliling badannya.

Paparan Penuh Tonton Netflix Dengan Bergaya

Nova 4 mempunyai skrin LCD IPS 6.4 dengan HD penuh yang membolehkan korang melihat semuanya dengan jelas.  Pendek kata, korang takkan terlepas satu bingkai pun kalau tengok rancangan kegemaran korang di Netflix. 

Teknologi Baru

Kepantasan Huawei dalam menampilkan teknologi baru menjadi sebab ramai pengguna tak sabar menantikan keluaran peranti baru daripada syarikat ini.



Peranti ini tampil dengan rekaan lubang pada penjuru kiri atas yang menempatkan lensa selfie 25MP (f/2.0).  Model ini merupakan siri Nova pertama yang diperlengkapkan dengan tiga kamera belakang, gabungan lensa 20MP (f/1.8)+16MP (f/2.2)+2MP(f/2.4). 







Kamera utama dijanjikan dengan keupayaan rakaman baik pada waktu kurang cahaya. Lensa 16 MP memberikan rakaman sudut lebar pada 117 darjah sudut pandangan.

Selain itu, Nova 4 ini akan dijana dengan bateri berkapasiti 3,750mAh yang disokong oleh pengecasan pantas 18W.  




Peranti disertakan dengan bicu audio 3.5mm dan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.  Menguasakan bahagian dalaman peranti adalah cip pemprosesan Kirin 970 (4 x Cortex- A73 2.36GHz, 4 x Cortex-A53 1.8GHz) serta sistem memori RAM 8GB dan simpanan 128GB.

Menarik tentang peranti ini, pengguna boleh menetapkan video sebagai nada dering. Huawei Malaysia menawarkan dua warna iaitu Crush Blue dan Black yang dijual pada harga RM 1899.

Huawei Nova 4 boleh dibeli dari Huawei Experience Store, pengedar sah seluruh negara. Untuk maklulmat lanjut layari website rasmi Huawei ataupun Facebook rasmi di Huawei Mobile Malaysia.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "