Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sanggup Jual Tanah Untuk Hasilkan Bendera Jerman Terpanjang Dunia Sempena Piala Dunia 2018

7 Jun 2018

Ajmad Hossain dari Magura menjual tanahnya untuk dijadikan bendera Jerman 5km panjang menjelang Piala Dunia FIFA 2018 yang akan berlangsung di Rusia.

Amjad mempamerkan bendera pada hari Selasa di tanah Nischintapur, di hadapan pegawai Kedubes Jerman dan orang ramai.

Pada 2014 lalu, beliau telah membuat bendera sepanjang 3.5km dengan menjual tanahnya dan pada masa itu Duta Besar Jerman datang ke Magura semata-mata untuk memuji usaha murni Ajmad.

Amjad membuat bendera besar ini kerana cintanya dan sokongan terhadap pasukan bola sepak Jerman. Dia tidak mahu apa-apa balasannya.

Seorang diplomat Kedutaan Besar Jerman Caren Wezora berkata mereka terharu melihat inisiatif Amjad.

Diplomat itu juga memberitahu bahawa bukan tugas mudah untuk membina bendera Jerman terbesar di dunia.

Diplomat tersebut akan memastikan apa saja keperluan yang perlu diuruskan, supaya Amjad dapat melawat Jerman. - Dhaka Tribune

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "