Bayangkan apabila kehilangan ahli keluarga serentak dalam masa yang sama? Adik-beradik dulunya tempat bermain dan bermanja, telah pergi dulu menyahut seruan Ilahi. Hanya yang pernah merasai kehilangan insan tersayang akan mengerti betapa pilunya perasaan.
Secebis kisah pelarian Syria di bumi Turki ini oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang berada di sana menjentik hati setiap yang membaca. Dugaan dalam hidup kita apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan mereka. Peperangan dan kehilangan ahli keluarga umpama luka yang harus ditelan saban hari.
Moga ada sinar kebahagiaan buat mereka di penghujungnya. Jadikan renungan dan ikhtibar agar kita selalu bersyukur dengan kehidupan sekarang.
“Semua meninggal?”
Beliau jawab tak. Katanya, dia, adik dan emaknya hidup. Ayahnya dah kembali ke Syria dan tak tahu sama ada hidup atau tak. Tak ada berita dari tahun 2016 lagi.
Kisahnya mereka berkumpul sekeluarga. 10 beradik, kakak sulongnya sedang mengandung anak pertama, suaminya pun ada. Lalu berdentum bunyi kuat di luar rumah. Jadi kelam kabut orang menjerit sana sini.
Mereka keluar beramai-ramai, terjerit-jerit. Hisham, adik bongsunya dan ibunya berpegang ber-3. Mereka menyorok di timbunan runtuhan. Kemudian melihat kakaknya berlari mengejar suami.
Pam! Bunyi tembakan, kakaknya tumbang. Bunyi lagi, abang iparnya pula tumbang. Ibunya menekup mulut adiknya yang bongsu dan menutup mata.
Adiknya pula seorang demi seorang yang berlari ke sana sini tumbang. Jatuh ke bumi bersilih ganti. Maka habislah 8 orang meninggal dunia di hadapan mata mereka.
8 beradik dan seorang abang ipar. Sedang mereka berkumpul dan ibunya pitam beberapa kali, ayahnya datang dan mereka berpelukan.
Sewaktu mahu kembumikan semua adik beradiknya, Hisham turun dan membawa setiap seorang masuk ke dalam kubur.
“Saya tak pernah terfikir akan kuburkan semua adik beradik saya. Sedangkan semasa kami hidup sayalah yang paling nakal, paling banyak buat masalah. Hari itu adalah hari saya. Allah tunjukkan kuasanya yang hidup dan mati itu bezanya hanya sesaat.”
Mereka berjalan kaki ke sempadan Syria-Turki. Kemudian berjaya masuk pada penghujung 2015. Namun selepas beberapa bulan, ayahnya mahu kembali.
Ayahnya antara yang kaya di kawasan mereka, ada ratusan ekor kambing dan lembu, punya 4-5 buah kedai dan berpuluh pekerja. Namun selepas perang, sebiji kereta pun tak ada.
Hisham kini di Turki. Hidup menjaga ibu yang sakit kemurungan kerana kehilangan ramainya anak serta menjaga adik bongsu yang sudah semakin membesar.
Kata Hisham, “Alhamdulillah, kami diuji. Yang paling saya takut ialah kami tak diuji. Buat apa sahaja yang kami suka sampai kami lupa apa maksud mati.”
Yang saya boleh katakan ialah mereka ini gembira melihat kami. Di saat keluarga dibunuh, rumah mereka hancur dan kehidupan mereka berubah, adalah sedikit sinar yang mereka lihat apabila ada yang datang ziarah dan membantu.
Walau kami ini tak layak nak sebut “tabahlah, semoga tabah dan sebagainya” namun dengan sedikit pemberian dari sumbangan kalian, ada senyuman kecil di bibir mereka.
Dan itulah yang kami harapkan, iaitu sebuah lorong kehidupan dan kebahagiaan. Seperti kita juga, itulah yang kita mahu sampai kita mati. Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga kita diuji dengan ujian yang kita boleh terima.
Mana yang masih mahu menyumbang, terus ke akaun:
Maybank Persatuan Cinta Syria Malaysia:
562834640983