Hantar Gambar Anak 'Hidup Bagai Banduan', Niat Nak Bergurau Tetapi Ditegur Nenek Kerana Tak Sedar Gurauan Boleh Jadi Doa
Tidak dinafikan buat mereka yang bergelar ibu bapa, kadang-kadang ulah anak-anak boleh menyebabkan mereka hilang sabar. Maka tak hairanlah seringkali media melaporkan kes penderaan yang mungkin bermula daripada tindakan ibu bapa yang tidak dapat mengawal perasaan setelah diuji dengan perangai anak-anak.
Paling tidak pun, sesetengah ibu bapa mungkin bersifat lepas cakap. Tiap kali diri diuji dengan keletah anak-anak, ada ibu bapa tidak lokek untuk mengherdik anak-anak dengan kata-kata yang tidak elok sifatnya.
Lebih teruk, jika kita menganggap ianya sekadar gurauan tanpa memikirkan kesan kepada anak-anak tersebut di masa depan. Lagi pun, kami pasti semua pembaca pernah mendengar frasa ''setiap kata-kata adalah doa'' kan.
Macam kisah yang dikongsikan oleh Bijen Mohd ini. Tanpa sedar, ramai daripada kita terutama ibu bapa sering menggunakan gurauan tidak tepat terhadap anak masing-masing.
Nak tahu kisahnya? Jom bacas artikel di bawah. Semoga bermanfaat buat anda yang bergelar ibu bapa.
Ada satu hari tu saya hantar gambar Aisya yang sedang berada di dalam baby cot kepada grup WhatsApp keluarga beserta kapsyen dengan nada bergurau-senda.
Sekali mak saya terus tegur perbuatan saya itu. Dia minta saya cakap yang baik-baik saja dengan anak, tarik balik perkataan yang saya cakapkan dan suruh minta maaf balik dengan Aisya.
Aiyak! Serius pula mak saya ni. Saya reply dengan emoticon saja tak mampu nak cakap apa-apa. Hehe!
Bila masuk bulan Ramadhan ni, terbeleklah kitab Fadhilat Ramadhan. Dalam hadith ke-6 bab Kelebihan Ramadhan, Maulana Zakariyya mensyarahkan berkenaan satu penyakit yang sering terjadi di kalangan kita, khasnya wanita. Dalam keadaan marah dan runsing kita terbiasa mendoakan keburukan untuk anak-anak dan orang lain.
Di sisi Allah SWT, ada sesetengah waktu yang khusus untuk penerimaan doa. Akibat kejahilan kita, kita tidak pernah terfikir dalam tak sedar musibah yang menimpa anak kita pada hari ini adalah perkara yang kita sendiri telah minta dalam doa kita.
Wahai ibu bapa,
Kita mungkin penat bekerja dan berpuasa. Balik rumah nak kena sambung masak lagi untuk berbuka. Lepas tu berkejaran untuk solat tarawih pula. Balik masjid, sambung mengemas di dapur. Esok pagi bangun awal sediakan sahur. Itu belum campur ibu yang menyusu anak sampai tak cukup tidur.
Jujurnya dalam bulan Ramadhan kita banyak kehilangan tenaga. Kadang-kadang kesabaran kita diduga. Akibat perubahan jadual waktu di bulan puasa, perangai anak-anak jadi semakin mengada-ngada.
Lalu kita pun teremosi sehingga terlepas dalam berkata-kata saat menegur mereka. Walhal kita tak pernah pun sesekali memaksudkannya.
Namun kawan, bulan ini bulan Ramadhan. Setiap waktu amat berharga yang doanya Allah kabulkan. Takut silap haribulan, 'doa' kita kepada anak yang tak pernah disangka-sangka itu Allah perkenankan. Sesallah kita di hari kemudian.
Moga-moga di bulan ini kita banyakkkan berdoa agar Allah SWT memelihara lisan kita. Agar yang sentiasa keluar adalah yang baik-baik saja. Mohon juga agar diberi kesabaran menempuh dugaan dari-Nya. Sentiasa senyum dalam semua perkara.
"Ya Allah kurniakanlah kepada kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang segar mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yang ringan menyempurnakaan ketaatan kepada Mu. Amin."
Sumber : Bijen Mohd
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877