Sempena Perayaan Hari Raya tahun ini sebanyak 22 barangan tertakluk di bawah Skim Kawalan Harga sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri.
Barangan tersebut adalah:
- Ayam hidup
- Ayam standard
- Ayam super (Tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
- Telur ayam gred A, B dan C
- Daging lembu tempatan
- Daging lembu import
- Daging kerbau import
- Cili merah
- Tomato
- Kubis bulat import
- Kelapa biji
- Kelapa parut
- Bawang merah
- Bawang kecil india
- Bawang putih China
- Bawang besar import
- Ubi kentang import China
- Ikan kembung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor sekilogram)
- Ikan selayang
- Ikan tongkol (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan)
- Ikan demudok
- Sagai
- Cermin
- Cupak (dikawal di Sabah sahaja)
"Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari bagi perayaan tersebut dan ia akan berkuat kuasa tujuh hari sebelum perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas perayaan," katanya.
Dr Mahathir berkata penentuan harga maksimum telah dibuat di peringkat pengeluaran (bagi ayam dan telur ayam), borong dan runcit dalam rantaian pengedaran mengikut kewajaran dan kesesuaian.
"Penentuan ini dibuat agar penguatkuasaan kawalan harga adalah lebih berkesan dan penawaran harga yang berpatutan untuk barangan perlu bagi manfaat pengguna dan peniaga," katanya.
Dalam pengumuman itu, beliau turut menyarankan peniaga untuk meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan harga barangan lain.
Peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, boleh didenda sebanyak RM100,000 atau dipenjarakan lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau kompaun sehingga RM50,000, manakalah syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pula boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.
Dr Mahathir berkata sebarang aduan boleh disalurkan menerusi talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) 03-8000 8000, atau talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 03-8882 6245 / 6088 atau menerusi aplikasi telefon pintar Ez ADU dan e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my. - Bernama
Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
BalasPadamburuan daftar..
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Fans^^Bett1nG Judi Online Terpercaya Buruan daftar Yuk ... :)
BalasPadamAJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)