Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Denda RM20,000 Jika Gagal Papar Tanda Khas Merah Jambu Untuk 22 Barang Terkawal Sempena Raya

7 Jun 2018
4 ulasan


Sempena Perayaan Hari Raya tahun ini sebanyak 22 barangan tertakluk di bawah Skim Kawalan Harga sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri.

Barangan tersebut adalah:

  1. Ayam hidup
  2. Ayam standard
  3. Ayam super (Tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
  4. Telur ayam gred A, B dan C
  5. Daging lembu tempatan
  6. Daging lembu import
  7. Daging kerbau import
  8. Cili merah
  9. Tomato
  10. Kubis bulat import
  11. Kelapa biji
  12. Kelapa parut
  13. Bawang merah
  14. Bawang kecil india
  15. Bawang putih China
  16. Bawang besar import 
  17. Ubi kentang import China
  18. Ikan kembung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor sekilogram)
  19. Ikan selayang
  20. Ikan tongkol (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan)
  21. Ikan demudok
  22. Sagai
  23. Cermin
  24. Cupak (dikawal di Sabah sahaja)
Perdana menteri dalam kenyataan hari ini berkata skim itu dilaksanakan bermula 8 Jun hingga 22 Jun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari bagi perayaan tersebut dan ia akan berkuat kuasa tujuh hari sebelum perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas perayaan," katanya.
Dr Mahathir berkata penentuan harga maksimum telah dibuat di peringkat pengeluaran (bagi ayam dan telur ayam), borong dan runcit dalam rantaian pengedaran mengikut kewajaran dan kesesuaian.

"Penentuan ini dibuat agar penguatkuasaan kawalan harga adalah lebih berkesan dan penawaran harga yang berpatutan untuk barangan perlu bagi manfaat pengguna dan peniaga," katanya.

Dalam pengumuman itu, beliau turut menyarankan peniaga untuk meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan harga barangan lain.


Peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, boleh didenda sebanyak RM100,000 atau dipenjarakan lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau kompaun sehingga RM50,000, manakalah syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pula boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Dr Mahathir berkata sebarang aduan boleh disalurkan menerusi talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) 03-8000 8000, atau talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 03-8882 6245 / 6088 atau menerusi aplikasi telefon pintar Ez ADU dan e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my. - Bernama

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Fans^^Bett1nG Judi Online Terpercaya Buruan daftar Yuk ... :)

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "