Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bazar-Bazar Ramadan di Malaysia Sekarang Makin Maju, Kini Bayar Makanan Dengan Telefon Guna Boost e-Wallet

7 Jun 2018

Dalam usaha mempromosikan gaya hidup tanpa tunai, atau cashless, Boost mengambil langkah yang tidak disangka-sangka apabila memperkenalkan penggunaan pembayaran tanpa tunai menggunakan e-Wallet mereka di beberapa tapak Bazar Ramadan di Malaysia.

Ya, Bazar Ramadan yang boleh anda pergi tanpa perlu membawa wang tunai untuk membeli makanan. Bunyi macam terlampau maju, tapi benda ni dah mula diimplementasi di Malaysia bermula tahun ini. What a time to be alive!

Difahamkan,lokasi ‘bazar-bazar maju’ ini adalah di kawasan sekitar Klang Valley, kawasan tumpuan di Selangor dan KL dan di beberapa buah negeri lagi. Senarai lengkap lokasi akan diberikan di akhir artikel ini.


Boost sudah memulakan program ‘bazar tanpa tunai’ ini bermula dari hari pertama puasa lagi. Kawasan yang menjadi tumpuan sudah tentu di sekitar Selangor/KL. Daripada respon-respon yang diperoleh dari media sosial, ternyata ada yang terkejut apabila mendapat tahu Boost boleh digunakan di bazar Ramadan.


Malah, usaha Boost ini juga mendapat perhatian dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah yang secara kebetulan melawat tapak bazar di Pandan Indah. Bila TPM sendiri pun tertarik dengan apa yang dibawa oleh Boost, tahulah kita yang industri tanpa tunai ni memang sesuatu yang menarik dan sudah tentu boleh membawa perubahan kepada cara hidup kita satu hari nanti bila mula diimplementasi secara menyeluruh.


Menurut portal liveatpc.com, TPM dengan pantas memahami konsep yang dibawa oleh Boost serta berkongsi bagaimana beliau mahu mencuba platform itu dengan lebih mendalam lagi. 

Okay, berikut adalah lokasi bazar Ramadan yang anda sudah boleh gunakan Boost untuk membeli juadah berbuka. Kalau ada Nampak orang pakai baju Boost warna merah kat lokasi-lokasi ni, nescaya boleh bayar guna Boost la tu.


·            Klang Valley
·            Bangsar
·            TTDI
·            Jalan TAR
·            Seksyen 13
·            Bukit Sentosa
·            PuchongPrima
·            PuncakAlam
·            Kosmopleks
·            Pandan Indah
·            Taman U (Johor)
·            Bayan Baru (Penang)

Nak cuba? Muat turun aplikasi Boost di PlayStore atau AppStore sekarang dan jom turun serang bazar-bazar kat atas ni. Selain dari bazar Ramadan, Boost juga baru-baru ini memperkenalkan konsep derma tanpa tunai. Setakat hari ini, sudah ada beberapa masjid yang menggunakannya. 

Nak tahu macam mana mudahnya guna Boost, tonton video kat bawah ni:



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Fans^^Bett1nG Judi Online Terpercaya Buruan daftar Yuk ... :)

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "