Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Moon Lamp Memang Cantik Bila Letak Dalam Bilik, Berikut Tutorial Mudah Untuk Hasilkan Moon Lamp D.I.Y

25 Apr 2018

Korang pernah dengar tak pasal Moon Lamp ni? Kalau korang nak tahu, Moon Lamp ni adalah lampu hiasan menyerupai bentuk bulan yang amat cantik jika diletakkan di dalam rumah. Malah kalau anda perasan, harga Moon Lamp ni dijual pada harga yang agak mahal, macam tak berbaloi nak dibeli.

Tapi sebenarnya, anda pun boleh buat sendiri Moon Lamp secara Do It Yourself (D.I.Y). Bahan-bahan yang diperlukan pun senang di dapati dan mungkin sudah ada dirumah anda.


Apa kata anda baca artikel ini, supaya anda dapat hasilkan Moon Lamp anda sendiri untuk dijadikan sebagai lampu hiasan ataupun lampu tidur.

Bahan-bahan :

1. Belon

2. Cat Air / Water Colour (hitam dan putih)

3. Kertas Tisu


4. Gam

5. Span

6. Lampu 'Fairy"

Cara-cara :

1. Dapatkan belon anda dan tiup belon sehingga mencapai saiz yang anda inginkan. Kemudian, pastikan belon tersebut diikat supaya angin tidak keluar.


2. Untuk lapisan pertama, basahkan dahulu permukaan luar belon yang ditiup tadi dengan air dan lekatkan tisu di atas permukaan luar belon yang dibasahkan tadi.


3. Untuk lapisan kedua, sapu gam di atas permukaan tisu yang dilekatkan sebagai lapisan pertama tadi. Kemudian lekat tisu di atas gam tadi. Hasilkan lima lapisan dengan mengulang langkah yang sama. Biarkan sedikit bahagian bawah tidak dilekat.


4. Biarkan belon itu tadi di bawah matahari selama 24 jam sehingga kering.


5. Kemudian cocok bahagian bawah yang tidak dilekat dengan tisu tadi untuk mengeluarkan angin.


6. Keluarkan belon daripada tisu yang sudah pun kering tadi.


7. Dengan menggunakan span, warnakan permukaan tisu tadi dengan cat air mengikut kretiviti anda sehingga terbentuk permukaan seolah-olah permukaan di bulan.


8. Masukkan lampu fairy ke bahagian dalam tisu yang sudah kering tadi dan hiaslah rumah anda mengikut keinginan anda.


Senang saja kan. Lepas ni anda tak perlulah keluarkan duit banyak-banyak nak beli dekat kedai. Buat sendiri je. Anda juga boleh tonton video di bawah untuk memahami langkah-langkah menghasilkannya.



Sumber : Impiana, Nurina Amri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "