Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Botol Susu Lama Jangan Buang, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Safari Bottle Light Untuk Rangsang Skill Kognitif Anak Kecil

18 Apr 2018
2 ulasan

Kanak-kanak memang gemar meneroka benda baru. Apa sahaja yang dilihat mesti ingin didekati, disentuh ataupun nak cuba buat. Betu tak? Yelah, mereka masih di awal umur, pastinya apa yang berlaku di sekeliling sentiasa menarik minat mereka.

Macam perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita ini, Yatie Eimra, bagaimana dia membantu anak kecilnya berkembang, terutaman melalui sentuhan.

Dia kemudiannya mendapat indea untuk meghasilkan botol sensori ataupun nama yang diberinya, Safari Bottle Light secara DIY. Selain boleh dijadikan alat maianan untuk anaknya, ia juga mampu membantu perkembangan kognitif anak kecil.

Kami rasa, anda pun boleh cuba sendiri di rumah. Nak tahu bagaimana caranya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Safari Bottle Light 

Mak-mak yang ada anak kecik mesti ada banyak botol susu plastik lama / terpakai kan. Botol susu terpakai ni jangan dibuang sebab boleh guna semula untuk buat botol sensori untuk anak-anak.

Ni salah satu antara botol sensori (visual) yang boleh dibuat gunakan botol susu terpakai. String light yang saya gunakan ni guna bateri. Selain boleh rangsang sensori visual, boleh gak rangsang motor halus dan latih kekuatan jari anak untuk buka dan tutup suis lampu. Dak Fyydh ni, dia pandai bukak suis lampu tapi bila nak tolak suis kecil dengan hujung jari tu memang tak pass lagi. Dalam 10-15 kali percubaan sekali je berjaya.


Saya tambah lagi aktiviti puzzle gunakan silhouette bentuk binatang untuk rangsang skil kognitif. Bila tengok silhouette binatang-binatang yang anak biasa tengok (kucing, burung, rama-rama, dan lain-lain) dia boleh sebut / namakan dengan betul. Tapi bila tengok silhoutte gajah / zirafah / buaya semuanya salah. Buaya ditekanya cicak. Yang seronoknya bermain silhouette ni mak-mak boleh buat banyak-banyak dan tukar-tukar binatang ikut suka.

Boleh jadi lampu tidur gak. Dah 2 malam dak Fydh ni tidur dengan lampu ni. Tapi bila anak dah terlelap, saya offkan lampu la nak jimat bateri.


Bahan-bahan dan kelengkapan yang diperlukan:

Botol susu lama (tak guna puting)

String light

Bekas plastik

Gam uhu / glue gun

Selotape, double sided tape

Cara-cara:

1. Lubangkan penutup bekas plastik dibahagian tengah (untuk masukkan string nanti).

2. Gamkan ring botol susu ditengah-tengah penutup bekas plastik (pastikan bahagian dalam penutup menghala ke atas. Rujuk gambar dibawah).

3. Tunggu hingga gam betul-betul kering sebelum masukkan string light.

4. Guna selotape/double sided tape untuk lekatkan suis.


Optional - masukkan guli untuk imbangi berat. 3 bateri ni agak berat dan botol mudah terbalik.


Saya tambah lampu dari fidget spinner supaya anak boleh main tekan-tekan. Bila dah siap, hias botol dan tampal sticker.


Untuk bekas plastik, saya tampal dengan wipes anak je, (sebab nk buat aktiviti guna silhouette). Boleh gak tampal wallpaper jika suka.


Buat silhouette bentuk binatang. 4 ni je yang saya sempat potong.


Tampal dalam mangkuk gunakan selotape biasa supaya mudah nak cabut dan tukar binatang lain.




Sumber : Yatie Eimra
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "