Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Takut Kena 'Songlap' Duit Dengan Agensi Pelancongan Haram, Ini Panduan Buat Anda Kenal Pasti Agensi Yang Berdaftar

18 Apr 2018

Awal tahun ini, kes penipuan yang melibatkan agensi pelancongan semakin berleluasa.  Salah satu modus operandi mereka ini adalah dengan menawarkan pakej penerbangan murah di Facebook, mencari agen-agen yang berminat dan kemudian pelanggan ditipu serta terpaksa membayar sendiri tiket penerbangan balik ke Tanah Air. 

Kes itu menjadi viral kerana 'penipu' tersebut berjaya meraih hampir RM20 juta hasil penipuan tersebut.  Oleh itu, orang ramai diminta agar tidak mudah percaya dengan agensi-agensi pelancongan yang melambak di laman sosial media tanpa mengetahui sejauh mana pengiktirafan mereka.  Pengikut yang ramai tak semestinya mempunyai review yang bagus.  Jadilah pengguna pintar!

Perkongsian daripada Heavenly Escape Holiday ini adalah salah satu langkah yang bagus bagi mengelakkan orang ramai daripada ditipu.  Nak tahu bagaimana? Mari baca perkongsian dibawah.

Tip Travel Bagi Mengelakkan Di Tipu Agency Travel Haram!

Jangan baca tips ni kalau duit korang tu dah menggunung setinggi gunung kinabalu..
Sejak dua menjak ni ramai guest yang terkandas akibat ditipu oleh ulat agensi pelancongan. Ada yang guna nama agency ada pulak yang mengaku agensi berdaftar walaupon syarikat enterprise je.

Meh sis share sikit tips cara nak mengenal agensi berdaftar atau pon tidak. Senang ja, xsampai 5 minit kita dah boleh tau.

Buka AppStore atau playstore kat hp korang, download app MyMotac, key in nama syarikat yang korang nak pilih tu then click enter.


Jika syarikat tu berdaftar dengan kementerian pelancongan, semua detail berkenaan syarikat tu akan terpapar di screen. Jika no record tu maknanya x berdaftar la.


Kenapa perlu pilih agency pelancongan yang berdaftar dengan kementerian pelancongan?
Bila berlaku kes kes penipuan, senang korang nak dakwa dye org kat mahkamah.

Sis x cakap semua yang berdaftar ni bagus, at least kalau korang ditipu, ada la jugak cara korang nak dptkan balik duit korang.


Bercuti ni kita nak relax, tapi kalau terkandas tu namanya tension. Mana nak keluarkan cost lagi sekali. Hilang gitu ja mood nak bercuti.

Jadilah pengguna yang bijak dan buat pilihan yang bijak. Ramai ja agency berdaftar yang buat pakej murah sekarang, so korang janganlah terpedaya dgn skim percutian bajet ni ya.

Kalau korang rasa info yang sis kasi ni menarik, mohon ler tag kengakawan dan family members korang supaya x mnjadi mangsa pakej penipuan untuk melancong.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "