Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video)Diugut Bunuh Kerana Jalankan Tugasnya, Pengadil England Ini Hidup Bagai Di Neraka Selepas Beri Penalti Kepada Real Madrid

18 Apr 2018

Michael Oliver tidak menyangka bakal menjalani kehidupan seolah-olah di neraka selepas insiden yang berlaku dalam pertembungan panas di Santiago Bernabeu, Rabu lalu.

Ketika perlawanan Suku Akhir Liga Juara-Juara (UCL) antara juara bertahan, Real Madrid dengan gergasi Itali, Juventus bakal dilanjutkan ke aksi masa tambahan setelah Juventus mempamerkan kebangkitan agung di laman lawan apabila ketinggalan 3 gol di laman sendiri, Oliver telah menganugerahkan satu sepakan penalti yang dipertikai ramai pihak pada minit ke 90. Selebihnya adalah sejarah.

Dalam insiden tersebut, Oliver mendapati bahawa Medhi Benatia telah melakukan terjahan kasar terhadap Lucas Vazquez namun di bantah habis-habisan daripada pemain-pemain Juventus sendiri terutama kaptennya, Gianluigi Buffon. Kesudahannya, Juventus beraksi dengan 10 pemain apabila Buffon dilayankan kad merah oleh Oliver.

Tayangan semula menunjukkan bahawa ia bukanlah terjahan yang kasar, namun penganalisis berpendapat tindakan Oliver menganugerahkan penalti kepada Real Madrid adalah tepat, dan mana-mana pengadil pun akan membuat keputusan yang sama.

Sejak dari peristiwa tersebut, Oliver berhadapan dengan ancaman bunuh daripada pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuatnya. Malah, Union of European Football Associations (UEFA) selaku badan penganjur kejohanan tersebut  nyata terkejut dengan apa yang berlaku terhadap Oliver lalu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pengadil berusia 33 tahun daripada England tersebut.

''Kami telah berhubung dengan mereka untuk menawarkan sokongan dan percaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan ugutan tersebut,'' dalam satu kenyataan oleh UEFA.

Namun, apa yang sebenarnya berlaku adalah lebih memalukan dunia bola sepak. Disebabkan Oliver tidak mempunyai akaun media sosial, isterinya Lucy, menjadi mangsa kemarahan pembuli-pembuli media sosial ini, walaupun hakikatnya Lucy langsung tiada kaitan dengan insiden yang berlaku.

Kesudahanya, pasangan ini terpaksa memohon kawalan keselamatan daripada pihak berkuasa selepas merasakan nyawa mereka dalam keadaan bahaya.

''Kami mengambil serius dengan ancaman yang dibuat melalui media sosial.

''Tindakan membuat ancaman adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, dan pihak yang mengeluarkan ugutan tersebut perlu sedar bahawa mereka boleh ditahan kerana melakukan jenayah.'' kata jurucakap polis.



Sumber : Give Me Sport
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. UEFA yang upah referee ni, kenapa tak UEFA presiden je kena habis habisan


    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "