Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bayangkan Dia Tanggung Sakit Tu Sendiri Sebab Taknak Kacau Saya Tidur", Suami Kena Pandai Baca Bahasa Tubuh Isteri Elak Perkara Tak Diingini

18 Apr 2018
2 ulasan

Mungkin agak sukar untuk para suami memahami bahasa tubuh isterinya yang sebenarnya sedang menyimpan maksud tersirat.  Tak ramai wanita yang suka menyuarakan kerana lebih memilih memendam dalam hati, sekali gus sukar mengekspresi perasaan mereka sendiri.

Tugas suami kala ini hanya satu, iaitu memahami perasaan dan kemahuan isteri melalui bahasa tubuh yang disampaikan.  Perkongsian Dr. Taufiq Razif kali ini menceritakan pentingnya para suami untuk memiliki sensory acuity, iaitu dalam bahasa mudahnya kepekaan panca indera kita dikala melihat, mendengar dan merasakan apa yang cuba disampaikan isteri melalui non-verbal communication.

Nak tahu bagaimana untuk mendapatkan 'kuasa' ketajaman pancaindera? Jom baca perkongsian dibawah, semoga ianya bermanfaat.

Isteri saya sekarang dikejarkan ke Hospital Melaka. Pagi tadi tiba-tiba je sakit belakang. Saya tersedar pun sebab isteri saya duk menangis sendirian.

Bila dah diperiksa memang ada premature contraction sikit padahal umur kandungan baru 25 minggu. Bayangkan dia tanggung sakit tu sendirian dan taknak kejutkan saya yang tengah tidur.

Rasa bersalah la pulak. Allah..



Tapi itu lah pengorbanan seorang isteri. Memang banyak kesakitan dan kepenatan yang isteri kita sembunyikan daripada para suami sebenarnya. Mereka tahu suami pun penat juga kerja siang malam mencari nafkah jadi akhirnya mereka memilih untuk diam dan sembunyikan segala kepenatan daripada mata kita.

Tu la kenapa kita para suami kena ada ' SENSORY ACUITY '. Kita kena pandai baca bahasa tubuh, intonasi suara dan pandai baca ayat tersirat isteri kita.

+ Kalau mereka bebel tu tandanya mereka sedang mengalami kepenatan fizikal ataupun emosi

+ Mungkin juga ada yang kurang pada keperluan fisiologi utama mereka seperti makan, minum, hubungan suami isteri, pakaian dan lain-lain

+ Kalau mereka selalu gelisah tu mungkin tanda kita kurang share ilmu agama dan kurang bagi perhatian kat mereka. Jadi jiwa mereka kosong. Ingat ni, nafkah batin juga adalah kasih sayang dan juga pengisian ilmu rohani pada hati isteri





+ Kalau isteri selalu tersenyum tapi kedutan di hujung mata tu tak muncul ( senyuman yang real akan memberikan kedutan pada hujung mata ) ataupun senyumannya agak mendatar tu ada kemungkinan mereka tak bahagia secara sempurna.

+ Mereka mungkin senyum kat kita kerana tanggungjawab mereka untuk menyejukkan pandangan mata suami mereka tapi kita sebagai suami kena la pandai membaca raut wajah dan bahasa tubuh isteri kita. Baru la kita kita boleh tahu kesusahan yang isteri kita duk sembunyikan daripada kita.

Lepas ni tenung mata pasangan masing-masing dan kita tanya mereka dari hati ke hati soalan ini :

" Apa yang saya boleh ubah pada diri saya untuk membuatmu lebih tenang dan bahagia? "


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "