Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Biarkan Kes Meninggal Di Hospital Meningkat Kerana Terlalu Mahu Kurus", Pakar Diet Kongsi Kesan Diet Tanpa Karbo Jejas Fungsi Otak

18 Apr 2018

Hari ini ramai yang tergila-gilakan tubuh badan langsing dengan amalan diet tidak seimbang.  Amalan ini dilihat sangat membimbangkan kerana secara tidak langsung, mengamalkan diet tanpa ilmu dengan pengambilan nutrisi yang tidak sempurna boleh membahayakan tubuh badan.

Terlalu banyak pilihan diet yang diperkenalkan.  Diet tanpa nasi, diet 16 jam sehari dan pelbagai lagi.  Walau apa pun jenis diet yang ingin diamalkan, satu perkara yang korang perlu tahu adalah diet yang sempurna adalah diet yang lengkap sumber karbohidratnya, protein dan serat dengan kuantiti terkawal.

Mohd Khairul Azuan, seorang pakar diet mengulas jenis-jenis diet yang sebenarnya memberi impak tidak baik kepada kesihatan kita.  Orang kata, nak buat apa-apa pun mesti berilmu, jadi, nak kurus, kuruslah dengan ilmu.  Mari baca perkongsian beliau dan jadikan sebagai rujukan untuk kekal sihat.

Semakin Diet Semakin Sakit


Saya pernah berjumpa ramai pesakit yang mempunyai masalah kesihatan dan hanya dengan menurunkan berat badan dapat membantu mereka mengembalikan kesihatan mereka. Kebanyakan mereka mengamalkan diet yang tidak seimbang dan paling popular tinggi protein rendah karbohidrat.

Kesannya, buah pinggang sedikit rosak menjadi semakin rosak serta gejala kekurangan gula (hypoglycemia) yang teruk berlaku seperti pening, mahu pitam, lemah sejuk seluruh badan berlaku.

Fad diet adalah diet yang hanya mengambilkira penurunan berat badan sahaja tanpa mengambilkira nutrien yang seimbang dan jangka masa panjang.



Contoh Fad diet adalah seperti di dalam gambar..

Penurunan berat badan menggunakan menu seperti di bawah adalah sangat tidak digalakkan kerana mengurangkan hidangan karbohidrat secara drastik dalam diet seharian.

Kekurangan karbohidrat boleh menjejaskan fungsi otak dalam jangka masa panjang dan salah satu nya adalah cepat nyanyuk. Ia juga boleh membuatkan kita lesu sepanjang hari serta mood swing.

Berat badan yang turun pada awalnya adalah dari penggunaan glycogen sebagai sumber tenaga yang mengakibatkan pemecahan ikatan air pada glycogen. Selalunya berlaku di otot dan hati. Air yang banyak turun mengakibatkan berat badan turun mendadak kerana 40- 60% dari berat badan manusia adalah cecair.


via GIPHY

Kesan diet tinggi protein perlu dilihat dengan lebih luas kerana salah satu kesannya adalah osteoporosis dan 'membebankan' buah pinggang kerana penghasilan urea yang berlebihan. Bagi mereka yang sudah mempunyai masalah buah pinggang, diet sebegini akan memburukkan lagi kondisi buah pinggang anda.



Diet yang disarankan adalah lengkap sumber karbohidrat, protein dan serat pada setiap kali makan utama ( pagi, tengahari, malam) dan mengambil snek berupaya buah-buahan atau makanan kegemaran dalam jumlah yang terkawal.


via GIPHY

Diet jenis di atas tidak sesuai untuk sesetengah golongan berisiko tinggi malnutrisi seperti pesakit diabetes, tekanan darah tingggi, masalah jantung, kanak-kanak, orang tua, masalah buah pinggang, ibu mengandung atau menyusu.

Menu menurunkan berat badan hanya fokus pada kalori semata-mata.

Tapi jika anda fokus untuk sihat, jangan mudah terpengaruh dengan sumber dari media sosial atau pakar-pakar yang tidak diiktiraf dalam bidang diet.

Jangan biarkan kes meninggal di hospital akibat terlalu mahu kurus terjadi sekali lagi.

Owh ya, jika mahu download risalah yang berkaitan diet serta penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, masalah jantung dan sebagainya boleh download di sini:

http://fh.moh.gov.my/…/orang-awam/penjagaan-perubatan-primer

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "