Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Mengandung Terjatuh Atas Trek LRT, Sistem Kecemasan Berjaya Kesan Dan Tren Berhenti Serta Merta

19 Apr 2018
2 ulasan





Pagi tadi, 19 April, seorang wanita mengandung yang jatuh ke atas trek di stesen LRT Damai telah berjaya diselamatkan melalui sistem kecemasan LRT, Platform Intrusion Emergency (PIES).

Kejadian yang berlaku pada 7.48 pagi tadi menyaksikan daripada rakaman kamera litar tertutup dimana wanita terbabit, 26 tahun, sedang menunggu tren untuk ke tempat kerja dan kelihatan tidak stabil serta tiba-tiba terjatuh ke atas trek ketika tren menghampiri platform.

Pun begitu, mangsa dapat diselamatkan dengan sistem PIES yang dipasang bertindak memberhentikan tren serta merta apabila mengesan 'objek' yang terjatuh ke atas trek.

Sejurus itu, Polis Bantuan Prasarana bersama pegawai operasi stesen bertindak mengarahkan semua penumpang untuk mengosongkan platform sementara proses menyelamatkan mangsa dilaksanakan.



Pasukan penyelamat yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ambulans yang tiba di lokasi sejurus kemudian, telah mengambil masa kira-kira 7 minit untuk menyelamatkan mangsa.

Mangsa diiringi pegawai Rapid KL dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan lanjut.


Perkhidmatan LRT dijalankan seperti biasa pada jam 8.15 pagi setelah mengalami kelewatan selama 25 minit.


“Sistem PIES berfungsi memberhentikan aliran elektrik pada sistem LRT sekiranya terdapat impak melebihi 7kg ke atas plat PIES. PIES ini dipasang di semua platform di stesen LRT Laluan Kelana Jaya kecuali di stesen bawah tanah”, kata Khairani Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd.

“Kami amat bersyukur kerana sistem keselamatan yang terdapat pada tren dan stesen berfungsi dengan baik sekali. Sistem PIES ini direka dan dipasang di kebanyakan sistem rel bandar di serata dunia bagi mengesan sebarang objek atau gangguan pada sistem trek,” tambah Khairani lagi.

"Kami juga bersyukur dengan tindakan pantas dan profesional petugas RapidKL bersama agensi penyelamat dalam mengendalikan situasi cemas berkat latihan amal kecemasan yang dibuat secara berkala bersama agensi penyelamat dan kecemasan."


Sistem PIES akan dipasang bagi setiap laluan LRT termasuk Ampang dan Sri Petaling yang dijangka selesai pada hujung tahun ini.


Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "