Tiada lagi ibu yang kadang-kala menyediakan makanan, tiada lagi ayah yang membaiki peralatan rumah yang rosak, kini kedua-duanya harus memikul tanggungjawab seperti mana ibu bapa mereka lakukan sebelum anak-anaknya berkahwin.
Disinilah makna perkahwinan yang membawa seribu erti keistimewaan buat kedua-dua pasangan apabila sama-sama berkerjasama dalam melengkapi diri masing-masing. Pun begitu, sedikit demi sedikit kelemahan akan terdedah jika pasangan pengantin baru ini tidak membuat persiapan mental dan fizikal secara serius, terutamanya dari segi kewangan.
Cabaran sudah bermula, siapkah anda dengan peranan yang akan disandang masing-masing? Mari ikuti perkongsian daripada Isma Addi Jumbri ini yang boleh dijadikan sebagai panduan, khas buat pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga atau yang baru saja melayari bahtera perkahwinan. Semoga bermanfaat!
via GIPHY
TIP JIMAT PASANGAN BARU KAHWIN
1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
2. Tilam lipat atau 'toto' pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
3. Kurangkan makan di luar atau di 'Secret Resepi', makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
via GIPHY
4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
6. Tak perlu 'smart tv' yang lebar sedepa, tabung sambut 'baby' jangan pula dilupa.
7. Baca 'post fb' dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
via GIPHY
8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Info gambar:
Sebelum ini selalu juga saya dengar istilah 'kereta balut plastik'. Setakat kerusi kereta balut plastik itu saya pernah jumpa.
Tapi, di Jepun saya pernah jumpa kereta MPV yang dibalut dengan tilam dan plastik. Wah! Kreatif betul di sini sampai macam tu sekali untuk pastikan kereta benar-benar terjaga untuk dieksport.
Barangkali kereta seperti inilah yang dimaksudkan sebagai 'kereta balut plastik' yang sebenar.
Akhir kata, sekadar pesanan buat pasangan yang baru kahwin, Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co
BalasPadamAJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)