Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Adakah Anda Seorang Yang Ego? Prof Dr. Muhaya Jelaskan Perbezaan Antara Orang Ego Dan Sebaliknya

19 Apr 2018
2 ulasan

Apakah maksud sebenar ego? Ego adalah persepsi seseorang itu terhadap harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi keyakinan diri.

Jadi, adakah anda seorang yang mempunyai ego dalam diri? Tahukah anda bahawa sikap ego ini bersifat negatif.  Jika ego menguasai diri tidak kira dalam perhubungan atau perkerjaan, ia boleh mendatangkan masalah.  Ini kerana ego dijadikan ketua dalam diri, ego ini mengambil alih sifat waras dan toleransi seterusnya mengubah segala-galanya.

Seseorang yang membiarkan ego merajainya dalam aspek perhubungan, hasilnya dia tidak suka dipersalahkan. Mereka berasakan apa yang mereka lakukan sentiasa benar. Mereka sukar untuk mengalah. Mereka berasakan sekiranya mereka mengalah, mereka sudah kalah.

Video daripada Prof Dr. Muhaya dibawah menjelaskan secara ringkas perbezaan orang yang mempunyai 'attitude' ego atau pun tidak.  Mari kita dengar dimana tahap keegoaan korang tu?


Itu salah satu bahaya ego.  Dibawah ini antara mutiara kata Prof Dr. Muhaya untuk orang yang mempunyai sikap ego.  Persoalannya, adakah anda salah seorang daripadanya?  Apa yang perlu anda lakukan?







Sebagai mana hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotorlah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan itu ialah hati".

Sebab itulah jika kita hendak berubah atau tidak, daripada amalan hidup negatif kepada positif, bergantung kepada hati. Kita tidak akan nampak diri kita salah, jika hati kita masih belum terbuka atau 'buta mata hati'. Kesedaran untuk membuat perubahan diri akan timbul apabila hati kita bersih. Iaitu bersih daripada 10 penyakit hati dan jiwa yang menyerlahkan perasaan negatif dalam diri kita.
  • Pertama, ujub. Iaitu perasaan kagum terhadap diri sendiri. Berasa diri kita terlalu baik dan hebat berbanding orang lain. Ubatlah penyakit hati ini dengan menjadi pemerhati kepada diri sendiri, dengan bermuhasabah mencari kekurangan dalam usaha menambah ketakwaan.

via GIPHY

Elakkan daripada menjadi pemerhati orang lain dengan tujuan untuk menilai, menghukum dan membuat perbandingan antara amalan orang lain dengan diri sendiri. Ikhlaskan diri dalam segala amalan kerana Allah, dan jangan mengharapkan penghargaan manusia. Dunia dalaman kita menentukan dunia luaran kita. Jangan malu kepada manusia, tetapi malulah kepada Allah, serta hentikan sebut perkataan, "apa orang kata."
  • Kedua, perasaan sombong iaitu tinggi hati, angkuh, riak dan bongkak. Berasa segala kejayaan kita adalah kerana kehebatan kita, hingga melupakan kuasa Allah Yang Tinggi. Berani melakukan dosa dan meninggalkan suruhan-Nya. Menurut Al-Bukhari, "orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangannya. Adapun orang Mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan dia duduk di bawah kaki gunung yang akan menghempapnya."
  • Ketiga, perasaan iri hati dan dengki. Iaitu tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya, sentiasa hendak bersaing, tidak bersyukur dan sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita telah ada, tetapi sibuk mempersoalkan apa yang kita belum ada.
Orang yang menjaga kebersihan hatinya, setiap hari akan lihat apa yang difokuskannya? Kesyukuran atau kesukaran? Apa yang kita fokuskan akan menentukan kualiti hidup kita. Marilah menjaga hati kita daripada penyakit dengki. Selalunya orang akan mengata atau mengumpat orang yang mereka dengki.


  • Keempat, bersangka buruk. Orang yang bersih hatinya akan hidup dengan penuh ikhlas dan memperbanyak kasih sayang kepada dirinya dan orang lain. Membuang semua perasaan negatif dan tidak sekali-kali berfikir negatif tentang sesiapa. Sibuk memperbaiki diri sendiri sehingga tidak nampak keburukan orang lain.
  • Kelima, perasaan ego. Orang yang ego sebenarnya ada perasaan rendah diri yang tersembunyi dalam dirinya. Oleh itu bina keyakinan diri dengan mencari reda Allah SWT, supaya dapat menghilangkan rasa ego dan sombong. Sibukkan diri menghargai, bukan mencari penghargaan. Manusia yang paling tenang bebas daripada penghargaan manusia, hanya kasih Allah yang dicari. Lebih baik kita dianggap bodoh tetapi benar, daripada dianggap cerdik tetapi berbohong.
  • Keenam, perasaan marah. Orang yang hebat bukanlah orang yang dapat membandingkan diri dengan kekuatan. Orang yang hebat ialah orang yang mampu mengendalikan nafsu marahnya ketika marah.

via GIPHY
  • Ketujuh, perasaan takut dan risau. Lebih takut dan risau kepada peraturan manusia daripada hukum Allah. Risau dengan dunia ialah kegelapan hati dan risau dengan akhirat ialah cahaya bagi hati. Banyak orang yang tersalah jalan tetapi berasa tenang kerana banyak teman yang sama-sama salah, dengan mengikut jalan yang sama. Beranilah untuk menjadi benar walaupun kita bersendirian mengikut jalan yang lain. Jangan mengharap dunia berubah sebelum kita berubah.
  • Kelapan, perasaan dendam. Dendam yang berpanjangan akan menjadi racun yang menjejaskan secara perlahan-lahan kesihatan diri kita. Sabar, reda dan maafkan semua kesalahan orang, itulah jalan keluar daripada penyakit hati dendam. Sabar itu pahit tetapi buahnya manis.
  • Kesembilan, bakhil dan kikir. Salah satu kunci syurga ialah murah hati dan baik budi. Sikap pemurah hati meluaskan rezeki, memanjangkan silaturahim dan menghindarkan musibah.
  • Kesepuluh, terlalu mengikut perasaan. Segala tindakan tidak berlandaskan fikiran. Dalam tubuh manusia ada sel aktivasi, otak yang mempengaruhi emosi kita dan apa yang kita lihat. Apa yang kita lihat dan dengar semua masuk pada mata kita. Sebenarnya apa yang kita lihat bukan hanya dengan mata, tetapi kita melihat melalui mata dengan hati dan otak.
Sebab itulah dalam Jurnal Senyumlah Wahai Hati, terbitan As-Sohwah, disarankan rawatan hati mesti melalui lima perkara. Iaitu mengawal apa yang kita dengar melalui telinga, mengawal apa yang kita fikirkan melalui minda, mengawal apa yang kita perkatakan melalui mulut dan lidah, dan mengawal apa yang kita pandang melalui mata.


via GIPHY

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "