Selain boleh didapati dengan mudah di tepi jalan mahupun di pasar tani terutamanya buah-buahan tempatan, ada juga buah-buahan yang dijual dalam kondisi yang lebih segara hanya boleh di dapati daripada pasar raya-pasar raya yang lebih besar sahaja. Dan jika seorang yang teliti, anda tentu pernah perasan mengenai kewujudan satu pelekat pada buah.
Kalau anda nak tahu, pelekat tersebut yang dikenali sebagai Price Loo-up Code (PLU Code) ini bertujuan untuk memudahkan pihak pengedar membuat kawalan inventori dan pemeriksaan menjadi lebih cepat, mudah dan teratur.
Dan kalau anda perasan juga, di setiap pelekat tersebut ada tertera nombor dengan jumlah 4 digit atau 5 digit. Nombor-nombor ini sebenarnya mewakili maksud tertentu terutama buat mereka yang agak cerewet mengenai kualiti dan asalan sesuatu buah-buahan tersebut.
Kewujudan kod PLU ini dikawal selia oleh satu badan yang dikenali sebagai International Federation for Produce Standards (IFPS) mula digunakan untuk edaran buah-buahan di pasar raya-pasar raya besar sejak tahun 1990 lagi.
Anda hendaklah sekurang-kurangnya mengetahu 3 jenis kod yang biasa di temui pada buah-buahan iaitu.
1. Buah Dengan Pelekat 4 Digit, Bermula Dengan Nombor 3 Atau Nombor 4
Buah yang mempunyai kod nombor 4 digit bermaksud buah-buahan ini di tanam melalui kaedah penanaman konvensional.
Misalnya kod 4020 ataupun kod 4011yang terdapat pada buah pisang, ini bermaksud ia ditanam melalui kaedah tanaman biasa yang juga melibatkan penggunaan bahan racun perosak dan sebagainya.
Jadi anda disarankan untuk mengupas terlebih dahulu kulit buah-buahan dengan kod 4 digit bagi memastikan diri anda tidak mendapat kesan sampingan daripada penggunaan racun tersebut.
2. Buah Dengan Pelekat 5 Digit, Bermula Dengan Nombor 8
Yang ini anda perlu berhati-hati kerana ia membawa maksud buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut dihasilkan melalui teknik modifikasi secara genetik ataupun genetically modified (GM Food).
Walaupun peluang untuk anda menemui buah-buahan dengan kod ini mungkin tipis kerana ia jarang sekali dipasarkan melalui pasar raya besar, namun ia berbaloi untuk anda tahu sebagai ingatan di masa depan kerana ia bukan satu syarat untuk pembekal buah-buahan tersebut untuk melabel produk mereka dengan label GM Food. Jadi, perhatikan kod tersebut.
Antara produk yang mempunyai label kod ini adalah pisang, jagung, kacang soya, kanola, dan betik. Misalnya kod PLU untuk epal yang dihasilkan melalui teknik ini adalah 84131.
3. Buah Dengan Pelekat 5 Digit, Bermula Dengan Nombor 9
Jika anda seorang yang mengamalkan diet permakanan organik, anda perlu memilih buah-buahan yang mempunyai kod PLU ini. Nombor 9 disini bermaksud buah tersebut datang dari ladang yang mengamalkan sistem penanaman organik.
Jadi jika buah-buahan misalnya pisang yang anda beli mempunyai kod 94011, anda tidak perlu risau lagi kerana ia bukan GM Food dan racun tidak digunakan di ladang tersebut.
Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co
BalasPadam