Tahukah anda pengambilan gula berlebihan punca utama gout?
Selain protin, pengambilan minuman beralkohor, minuman bergula tinggi dan makanan proses menggunakan pemanis sirap jagung berfruktosa tinggi (HFCS), merupakan penyebab utama gout.
Pada tahun 1960-an sirap jagung mula diekstrak di Amerika. Ia di promosi sebagai gula yang lebih sihat dan lebih manis berbanding gula biasa. Tetapi saintis berjaya membuktikan bahawa sirap jagung adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit.
Nak tahu lebih lanjut, mari kita tanya pakar!
Gout merupakan penyakit yang melibatkan keradangan pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik. Ketika mana asid urik tinggi di dalam darah, ia akan meresap ke dalam bahagian sendi dan bertukar menjadi kristal jika kepekatannya terlampau tinggi.
Kristal ini akan dikesan sebagai objek yang asing bagi sel darah putih. Maka, secara beramai-ramai sel darah putih akan keluar daripada salur darah dan melekat kepada kristal asid urik ini untuk menghapuskannya.
Selain daripada itu, sel darah putih juga akan mengeluarkan pelbagai kompaun termasuk protein imun untuk memanggil lebih ramai sel darah putih untuk datang. Ia seperti panggilan kecemasan untuk semua petugas keselamatan datang ke tempat tersebut. Bahkan kompaun tersebut juga akan menyebabkan saluran darah dikawasan tersebut membesar.
Hasilnya, kawasan itu akan menjadi merah, bengkak dan panas. Selain daripada itu, sel darah putih juga akan merembeskan satu kompaun bernama prostaglandin. Kompaun prostaglandin inilah yang akan menyebabkan reseptor yang mengesan rasa sakit mencetuskan impuls ke otak. Hasilnya, pesakit akan merasa sakit yang melampau dibahagian yang bengkak.
Bagaimana gula menyebabkan penyakit gout?
Perlu diketahui bahawa terdapat pelbagai jenis gula seperti glukosa, fruktosa, galaktosa, laktosa, maltosa, sukrosa dan banyak lagi.
Gula yang spesifik menyebabkan masalah gout adalah satu sahaja iaitu FRUKTOSA.
Gula seperti glukosa dan galaktosa akan menghasilkan tenaga dalam bentuk kompaun ATP(adenosine triphosphate) dengan sempurna. Akan tetapi, dalam penguraian fruktosa, ia terpaksa menggunakan tenaga terlebih dahulu, ATP akan digunakan hingga menjadi AMP(Adenosine monophosphate).
Kompaun AMP inilah yang menjadi bahan mentah untuk menghasilkan lebih banyak urik asid. Lebih banyak anda mengambil gula fruktosa, lebih banyak terhasilnya urik asid dan menyebabkan anda senang diserang gout terutamanya mereka yang pernah mempunyai sejarah diserang gout
Kenapa perlu guna gula fruktosa dalam produk makanan atau minuman?
Gula fruktosa digunakan dalam banyak produk makanan kerana ia mudah untuk digunakan dan dibawa ke mana-mana. Malah rasanya lebih manis daripada jenis gula yang lain menyebabkan penggunaannya disukai oleh orang ramai.
Dengan kuantiti yang sedikit dapat menghasilkan rasa manis yang kuat. Oleh itu, kos untuk menghasilkan sesuatu makanan ataupun minuman dapat dikurangkan dengan banyak malah ia boleh dihantar jauh tanpa rosak.
Sebagai tambahan, gula fruktosa yang selalu digunakan adalah berasal daripada kanji jagung. Setelah kanji itu diproses, ia akan menghasilkan gula fruktosa yang dipanggil sebagai ‘Sirap jagung tinggi fruktosa'(high fructose corn syrup). Bahan ini sangat meluas digunakan di eropah.
via GIPHY
Kajian tentang fruktosa dan gout
Ada beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa pengambilan fruktosa yang tinggi menyebabkan kadar serangan gout meningkat. Pada tahun 2008, satu kajian yang mengambil masa 12 tahun telah menemukan bahawa pengambilan air berkarbonat meningkatkan risiko untuk mendapat serangan gout. Lagi banyak seseorang itu ambil minuman berkarbonat dalam sehari, semakin meningkat risiko untuk mendapat gout.
Bukan itu sahaja, Jus buah yang dipasarkan dalam kotak berserta jus buah segar daripada buah yang mempunyai kandungan fruktosa yang tinggi juga meningkatkan risiko untuk menghadapi gout.
Beberapa kajian yang telah dilakukan di US menunjukkan peningkatan serum asid urik dikalangan penduduk mereka saban tahun. Bukan itu sahaja, pertambahan serum asid urik ini juga mempunyai kaitan dengan pertambahan rakyat yang obes, menghidapi kencing manis dan juga darah tinggi. Semua penyakit ini dikaitkan dengan pengambilan gula(high fructose corn syrup) yang berlebihan
Makanan yang tinggi fruktosa
via GIPHY
Terdapat beberapa makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan fruktosa. Sebagai contoh
Minuman berkarbonat
Gula-gula
Yogurt yang di maniskan lagi
Roti
Buah dalam tin
Jus buah
Cereal
Makanan ringan seperti biskut, chocholate dan sebagainya
Minuman tenaga
Ais krim
Kebanyakkan daripada makanan ini sebenarnya sudah mempunyai jumlah fruktosa yang rendah. Tetapi ada yang ditambah dengan gula frukotsa lagi untuk memaniskan makanan tersebut.
Sebagai contoh Jus buah. Di dalamnya sudah mempunyai sejumlah kandungan fruktosa, tetapi kebanyakkan pengilangan akan menambahkan gula fruktosa lagi ke dalam minuman tersebut untuk memaniskan rasa jus buah itu.
via GIPHY
Terdapat beberapa makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan fruktosa. Sebagai contoh
Minuman berkarbonat
Gula-gula
Yogurt yang di maniskan lagi
Roti
Buah dalam tin
Jus buah
Cereal
Makanan ringan seperti biskut, chocholate dan sebagainya
Minuman tenaga
Ais krim
Kebanyakkan daripada makanan ini sebenarnya sudah mempunyai jumlah fruktosa yang rendah. Tetapi ada yang ditambah dengan gula frukotsa lagi untuk memaniskan makanan tersebut.
Sebagai contoh Jus buah. Di dalamnya sudah mempunyai sejumlah kandungan fruktosa, tetapi kebanyakkan pengilangan akan menambahkan gula fruktosa lagi ke dalam minuman tersebut untuk memaniskan rasa jus buah itu.
Kesimpulan
Gula fruktosa terbukti menyebabkan serangan gout malah dikatakan ia mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar obesiti dan penyakit kronik dikalangan masyarakat. Oleh itu, pengguna perlulah memeriksa label makanan sebelum membelinya
Dan perlu diketahui bahawa gula fruktosa juga terdapat banyak dalam makanan yang semula jadi seperti buah-buahan dan juga madu.
Keburukan gula fruktosa pada satu sisi bukan menyuruh kita untuk memulaukan semua makanan yang mempunyai gula fruktosa. Tetapi untuk kita faham bahawa bagi setiap permakanan perlunya ada kawalan. Bukan setakat itu, ia juga perlu diharmonikan lagi dengan senaman yang kita perlu buat dalam waktu seminggu.
Nasihat kami, kurangkanlah manis dalam makanan. Lebihkan manis dalam senyuman.
Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co
BalasPadam