Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Peta Jerawat', Ketahui Punca-punca Jerawat Tumbuh Pada Bahagian Tertentu Dan Kaitan Dengan Masalah Kesihatan Anda Alami

28 Apr 2018
4 ulasan

Terdapat banyak sebab kenapa jerawat boleh tumbuh di muka anda. Ada yang berpunca daripada persekitaran luar seperti habuk dan debu yang hinggap pada wajah, ataupun penjagaan kebersihan wajah yang tidak rapi. Namun ada juga yang berpendapat bahawa punca jerawat muncul disebabkan masalah kesihatan yang berlaku di dalam badan.

Ahli-ahli Dermatologi di Barat berpendapat, jerawat yang tumbuh pada bahagian tertentu wajah mempunyai kaitan dengan masalah-masalah tertentu. Misalnya, masalah hormon seringkali menyebabkan jerawat tumbuh pada bahagian rahang dan dagu.

Jadi buat mereka yang seringkali mengalami masalah jerawat pada bahagian tertentu, apa kata anda baca artikel di bawah yang kami kongsikan kali ini.

1. Bahagian Dahi


Jerawat yang tumbul di bahagian dahi sememangnya amat memeritkan dan seringkali membuatkan mereka yang menghidapinya merasa tidak selesa.

Menurut ahli dermatologi, jerawat yang tumbuh di bahagian dahi mempunyai kaitan dengan masalah penghadaman. Antara punca kepada berlakunya gangguan pada sistem penghadaman adalah daripada pengamalan diet yang tidak sihat.

Jerawat di dahi juga mungkin berpunca daripada masalah hati yang dialami penghiadpnya. Mereka yang selalu merasa tertekan juga turut mempunyai kemungkinan untuk jearawat tumbuh pada dahi.

2. Bahagian Rahang dan Dagu


Bahagian dagu dengan pipi di rahang memang tempat wajib untuk jerawat tumbuh. Disebabkan jerawat yang tumbuh pada bahagian inilah habis terjejas keelokkan wajah.

Bagi para penyelidik, jerawat yang tumbuh pada kedua-dua bahagian ini mempunyai kaitan dengan masalah hormon yang dialami oleh penghidapnya. Ini bermakna anda perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengatasi masalah hormon yang anda alami.

Bagi lelaki, lebihan hormon androgen mungkin menjadi punca manakala bagi wanita, hormon yang terganggu ketika anda datang bulan turut memainkan peranan kehadiran jerawat pada wajah.

3. Di Sekitar Tepi Muka


Jerawat yang tumbuh di bahagian antara wajah dengan anak rambut juga berkemungkinan berpunca daripada masalah hormon. Ia juga dikaitkan dengan produk kecantikkan seperti alat solek yang anda gunakan serta produk penjagaan rambut seperti syampu yang tidak sesuai hingga menjejaskan liang-liang wajah.

Anda disarankan untuk beralih kepada produk yang lebih organik yang boleh memperbaiki kesihatan wajah anda.

4. Bahagian Pipi


Jika anda mengalami masalah jerawat pada bahagian pipi pula, anda mungkin mengalami masalah kesihatan melibatkan sistem pernafasan. Kawasan pipi mempunyai kaitan rapat dengan saluran yang berhubung dengan paru-paru.

Satu lagi, ia mungkin disebabkan pengambilan gula secara berlebihan. Jadi apa kata anda kurangkan sedikit pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian anda.

5. Di Antara Kening


Masalah jerawat pada bahagian antara kening mungkin berpunca daripada masalah pada bahagian hati anda.

Tabiat pemakanan anda seperti mengambil makanan berminyak secara berlebihan mungkin menjadi punca. Jadi, periksa kembali tabiat pemakanan anda.

6. Jerawat Tumbuh Di Hidung


Kerap kali memakan makanan pedas, masin dan berminyak mungkin menjadi punca kepada tumbuhnya jerawat pada bahagian hidung anda. Selain itu, anda juga perlu mengambil serius mengenai tekanan darah dan kesihatan jantung anda kerana ia turut mempunyai kaitan dengan jerawat di hidung.

Sumber : Brightside
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini www(dot)updatebetting(dot)com
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam

  2. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "