Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kesilapan Ibu Bapa Jadi Punca Kematian Mengejut Bayi Dengan Posisi Tidur Yang Salah - Kajian

12 Apr 2018

Menurut sumber Root of Science, terdapat lebih 300 kes kecederaan melibatkan penggunaan buaian daripada tahun 2009-2012 dan 2 daripadanya meragut nyawa bayi tersebut.

Jika masih mahu menggunakan buaian, penjagaan dan permerhatian penuh daripada penjaga amat diperlukan.  Bayi didalam buai tidak boleh dibiarkan sendiri dan elak meletakkan mainan kedalam buaian kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik dan lemas (Chocking Hazard).

Perkongsian daripada seorang doktor, Nimelesh Max menerusi Facebook miliknya mengulas penggunaan buaian dan antara faktor yang berisiko melibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).  Mari kita baca perkongsian beliau, semoga para ibu bapa khususnya 

Lemas Dalam Buaian

SIDS atau Sudden Infant Death Syndrome (Kematian Kot) merupakan suatu punca kematian utama yang tidak dapat dijelaskan antara bayi berumur 1 tahun dan ke bawah.

Di Amerika Syarikat seramai 6000-7000 bayi meninggal disebabkan oleh SIDS setiap tahun. Tiada rekod tentang Data SIDS di Malaysia lagi, tapi kalau berdasarkan rekod dari Asia Tenggara, dianggar sebanyak 2 dalam 1000 bayi meninggal disebabkan SIDS setiap tahun.



Ada beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan SIDS termasuk :

- Posisi bayi semasa tidur. Posisi tidur secara mengiring atau meniarap boleh menganggu pernafasan bayi.
- Penggunaan tilam yang lembut. Sama juga seperti di atas, sekiranya bayi tidur meniarap atas tilam yang lembut dengan comforter, ini boleh menghalang salur pernafasan bayi.
- Bayi terlalu panas. Membiarkan bayi terlalu panas boleh meningkatkan risiko kematian SIDS.
- Ibu bapa atau saudara yang merokok juga boleh mendedahkan bayi kepada SIDS

Antara faktor risiko yang tidak dapat diubah
- Jantina (Lelaki)
- Umur (Bayi berumur antara 2-4 bulan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami SIDS)
- Sejarah Keluarga
- Bayi pramatang

Sejak kesedaran tentang SIDS di Amerika Syarikat, Kejadian SIDS telah berkurang sebanyak 50% disebabkan oleh cara tidur yang betul.

Namun kajian masih menunjukkan 1/3 bayi di Amerika Syarikat masih tidur secara mengiring atau meniarap.

Macam mana nak mencegah SIDS?




1. Tidurkan bayi secara menelentang di dalam kot (Bukan mengiring atau meniarap)

Kalau nak letak untuk mengiring atau meniarap sementara waktu takde masalah (boleh elakkan flat spots- kepala bayi macam leper atau senget sebelah, dan untuk membantu perkembangan otot bayi). Tapi pastikan bila bayi tidur mengiring anda masih sedar untuk memantau bayi.

2. Elak daripada tidur bersama bayi.

3. Gunakan tilam yang rata dan kejap, jangan letak bantal atau alat mainan dalam kot bayi, kerana ia mungkin terjatuh dan menutupkan muka bayi.

4. Jangan guna “sleep positioners” . Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan keras tentang kesan buruk penggunaan sleep positioners, di mana sudah ada beberapa kes bayi meninggal disebabkan oleh SIDS.

5. Gunakan cadar yang diperbuat daripada kapas ringan. Kalau gunakan selimut, biar kepala dia terdedah dengan menyelimutkannya tidak lebih daripada paras bahu.

DAN JANGAN MEROKOK SEMASA HAMIL ATAU BENARKAN ORANG LAIN MEROKOK DEKAT BAYI ANDA.
** Ni ada link KKM untuk u all baca juga

http://www.myhealth.gov.my/gaya-tidur-bayi/

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "